www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Imbuhan Liga M

0 month ago, 13-Feb-2019


JIKA pasukan sanggup lepaskan pemain, ada keistimewaan bakal menunggu mereka. Itu inisiatif yang bakal diperkenalkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai imbuhan kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang sanggup melepaskan pemain bagi menyahut panggilan skuad kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, perkara terbabit akan dibawa ke mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan secara lebih terperinci. Beliau berkata, antara keistimewaan yang bakal diterima pasukan Liga M adalah mereka boleh mendaftar 35 pemain untuk skuad masing-masing berbanding sebelum ini hanya 30 pemain saja dibenarkan.

Buat masa ini, peraturan diberikan keutamaan kepada pasukan senior kebangsaan dan bukan kepada pasukan (muda) tetapi bagaimana MFL pula boleh menyokong pasukan (muda) kebangsaan, dalam isu ini pihak sekretariat diketuai oleh saya mungkin boleh bawa isu ini kepada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam tempoh terdekat.

Ada beberapa keistimewaan akan diberikan kepada pasukan Liga M dan mungkin salah satunya adalah boleh daftar lebih lima pemain kepada pasukan yang melepaskan pemain untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, katanya ketika ditemui pada Majlis Memeterai Perjanjian MFL dan Shopee, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi; Ahli Lembaga Pengarah MFL, Mustaza Ahmad dan Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan lima pemain tidak dilepaskan pengurusan kelab masing-masing bagi menjalani sesi latihan pertama skuad B-22 sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja, Ahad ini.

Lima pemain yang tidak dilepaskan itu adalah - Syahmi Safari dari Selangor; Danial Amier Norhisham dan Zahril Azri Zabri dari FELDA United; Fadzrul Danel Nizam dari Kedah serta Faizal Halim dari Pahang.

Situasi terbabit sekali gus memeningkan kepala jurulatih Datuk Ong Kim Swee terutama ada antara pemain baharu yang dipanggil bagi mengisi kekosongan itu turut tidak mendapat pelepasan daripada pengurusan pasukan.

Selain itu, Kevin berkata, cadangan itu juga perlu menadapat persetujuan daripada pengurusan Liga M bagi merealisasikannya sekali gus mampu menangani masalah kekurangan pemain untuk skuad kebangsaan.

Jika Ahli Lembaga Pengarah MFL bersetuju dengan perkara itu, kita akan kemukakan pula kepada pengurus pasukan Liga M bagi mendapatkan maklum balas mereka sebelum idea itu dapat dilaksanakan nanti, katanya.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts