EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Imbau Kembali Cerita Bawang Putih Bawang Merah, Ramai Tak Percaya Mampu Tengok Sampai Habis Tanpa Kecam

0 month ago, 21-Nov-2020

Tipulah kalau ada yang cakap mereka tidak pernah menonton mana-mana cerita sinetron yang ditayangkan di kaca-kaca televisyen. Antara yang paling femes ialah Bawang Merah Bawang Putih sehinggakan ada yang sanggup ponteng kelas petang gara-gara mahu menonton drama terbabit.

Walaupun jalan cerita banyak yang agak merapu dan tidak masuk akal, namun para penonton masih tetap setia dengan sinetron tersebut dan kalau boleh tidak mahu terlepas satu episod pun. Hebat betul penangan drama-drama Sinetron ini kan? Biarpun begitu, terdapatsebuahvideo yang menjadi perhatian ramai dimana ia memaparkan salah satu babak dari sinetron yang sama.

Berdasarkan rakaman video itu, kelihatan seorang lelaki telah tertolak wanita yang berbaju biru dari tingkat atas. Akan tetapi, lain pula yang jadi apabila wanita berkenaan secara tiba-tiba terapung dan dapat mendarat dengan selamat kerana menggunakan kuasa ghaib.

pic.twitter.com/jqtCJrYpvs

anep ???????? ???? (@hanifjamals) November 20, 2020

Setelah melihat keadaan itu, sesetengah warga netizen berasa tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menonton cerita berkenaan ketika waktu dahulu. Secara tidak langsung, babak tersebut juga telah mengingatkan kepada mereka tentang kenangan ketikamenontonsinetron terbabit.

Siap pesan dekat ustazah tunggu jap

siap pesan dekat ustazah tunggu jap sampai cerita ni habis baru start mengaji petang. goblok amat https://t.co/4itHbJTsZc

Fir???? (@fifirahman95) November 20, 2020

Mcm mana lah aku boleh tgk cite ni dulu tanpa kecam hahahahaha https://t.co/NSRuxOWkfu

chip's (@nhaxwani_) November 20, 2020

Tingginya kesabaran aku

Tingginya kesabaran aku dulu https://t.co/HGlZcubv0J

ey (@aisyazmn_) November 20, 2020

Menangis Newton.

Menangis Newton https://t.co/xzsDv6riTK

noobilah ? (@nabsaurus) November 20, 2020

kredit HCL



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...