EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Ada 1 Juta Followers

0 month ago, 26-Nov-2021

Pelakon Iedil Putra meluahkan rasa kecewanya terhadap kriteria yang diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran ternama tanah air yang dikatakan hanya ingin mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut lebih sejuta di platform Instagram.

Iedil Putra
2 hari lalu

"Hos Kena 'Stand-By' Dari Pagi Sampai Malam" - Iedil Putra Kongsi Pengalaman 14 Jam Mengacara

Advertisement

Menurut Iedil, syarat-syarat yang ditetapkan itu merupakan antara punca mengapa dia jarang membintangi drama atau filem di Malaysia.

Dari sebuah syarikat penyiaran ternama;Followers IG over1 juta? Lambat lagilah aku nak dapatjob di Malaysia ni.

Dari sebuah syarikat penyiaran ternama; Followers IG over 1 juta? Lambat lagilah aku nak dapat job di Malaysia ni. Walaupun sudah lebih 20 tahun aku mengabdikan diri, tapi kriteria yang macam ini yang mereka cari. Bye?? pic.twitter.com/ihV0dv8UP0

— Iedil Dzuhrie Alaudin (@iedildzuhrie) November 25, 2021

Tambah Iedil, dia tidak menyangka yang kriteria seperti itu dicari oleh sesebuah syarikat penyiaran walaupun dia sudah lebih 20 tahun mengabdikan diri dalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

Luahan tersebut dikongsikan Iedil menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik bersama sepotong foto di laman Twitter untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Menerusi ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa dukacita selain turut menyifatkantrend seperti itu hanya akan merugikan industri seni tanah air kerana mensia-siakan bakat yang dimiliki oleh pelakon-pelakon tersebut.

Iedil Putra

Sekadar info, Iedil juga merupakan antara pelakon yang aktif membintangi filem-filem di Indonesia seperti Toko Barang Mantan danMy Stupid Bos 2.

Terdahulu, Iedil atau nama sebenarnya Tengku Iedildzuhrie Putra Tengku Alaudin telah mendirikan rumah tangga bersama aktres Indonesia iaitu Prisia Nasution pada tahun 2016.

Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Ada 1 Juta Followers first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...