www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


City ibarat singa kelaparan

0 month ago, 17-May-2019


Kapten Manchester City, Vincent Kompany menyifatkan pasukannya ibarat singa kelaparan yang masih dahagakan trofi menjelang aksi final Piala FA menentang Watford di Stadium Wembley tengah malam esok.

Kompany berkata, trofi itu sangat penting bukan hanya untuk pencapaian peribadinya, tetapi juga buat rakan-rakan sepasukannya dan kelab yang telah bekerja keras sepanjang musim bagimeraih gelaran treble musim ini.

"Ini bukan hanya tentang pencapaian atau kejayaan yang telah dan bakal saya raih bersama kelab ini, ia lebih daripada itu. Saya melihat pasukan ini seperti sekumpulan singa. Ketika kami lapar, kami adalah pasukan yang istimewa.

"Hanya sedikit darah perlu disuntik kepada pasukan ini untuk membuatkan kami lapar dan itu akan menjadikan kami sukar untuk ditewaskan," katanya yang telah meraih sembilan kejuaraan sejak menyertai The Citizens.

Sementara itu, Pengurus City, Pep Guardiola menyifatkan memenangi trofi ibarat satu ketagihan bukan sahaja untuknya tetapi juga buat barisan pemain The Citizens.

"Selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris dan berehat seketika, tidak lama selepas itu saya mula memikirkan bagaimana untuk menjuarai lebih banyak trofi lain. Itulah yang berlaku hampir setiap kali

"Gelaran juara membuatkan anda bermotivasi untuk memenangi lebih banyak kejuaraan lain dan itu menjadikan kelab ini lebih baik daripada sebelumnya," katanya.

Bagaimanapun, Guardiola mahu anak-anak buahnya berwaspada dengan ancaman Watford yang disifatkannya sebagai antara kelab yang konsisten musim ini.

"Watford sama seperti Wolves. Mereka tidak berada di kedudukan enam teratas tetapi mereka sangat konsisten sepanjang musim. Di bawah kendalian Javi Garcia, mereka menunjukkan satu kebangkitan yang cukup mengagumkan musim ini.

"Bagi saya, final seperti ini apa sahaja boleh berlaku. Contohnya layangan kad merah yang kita tidak mahukan. Jadi, kami perlu berwaspada agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menghalang impian kami," katanya lagi.

City ibarat singa kelaparan Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts