EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hukum Umat Islam Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

0 month ago, 15-Jan-2022

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi laman web rasmi mereka tampil mengulas mengenai isu yang tular membabitkan sekumpulan pelajar yan membersihkan sebuah kuil hindu yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Maklum PMWP, mencuci rumah ibadat agama lain tidak dibenarkan kerana tindakan seperti itu dibimbangi dapat menjerumuskan seseorang itu ke dalam perkara yang syirik di mana ia jelas sekali dilarang dalam agama Islam.

Advertisement
Cuci Kuil : Google  

Membersihkan rumah ibadat adalah satu bentuk kerjasama atau bantuan yang secara langsung menjurus kepada membantu ritual dan amalan agama lain.

Walau bagaimanapun, agama Islam sama sekali tidak melarang umatnya daripada menunaikan hak kemanusiaan lain termasuk membantu orang bukan Islam yang terkesan dengan sebarang bencana dan musibah.

Jelasnya, umat Islam boleh membantu dari segi membersihkan rumah kediaman dan harta benda serta menghulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan kepada orang bukan Islam.

Namun demikian, Islam juga menggariskan batas-batas yang perlu dijaga dan dijadikan sempadan bagi memelihara kesucian akidah kita.

Dalam pada itu, PMWP juga menyarankan agar masyarakat awam tidak tergesa-gesa menghukum sesuatu perkara atau perbuatan itu sebagai terkeluar dari ajaran Islam dan menasihatkan agar merujuk dahulu kepada pihak berkuasa agama.

“Ini bagi mengelakkan fenomena bermudah-mudahan dalam kafir mengkafir sesama umat Islam sehingga mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.” ujarnya.

Sabun candy viral
16 jam lalu

Ibu Panik Anak Makan Sabun Candy Viral, Ikuti Pesan Doktor Ini Jika Anda Hadapi Perkara Sama!

Hukum Umat Islam Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...