EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hujan batu landa Madinah [VIDEO]

23 month ago, 26-Feb-2018

PENDUDUK Madinah serta kawasan sekitarnya dikejutkan dengan ribut membawa hujan batu semalam, yang menyebabkan kemalangan jalan raya serta kerosakan lain, termasuk kereta.

Pihak berkuasa juga terpaksa menutup sekolah dan kolej berikutan hujan batu yang saiznya lebih besar berbanding bola golf.

Pengguna media sosial turut berkongsi video menunjukkan hujan batu di laluan pejalan kaki dan cermin kenderaan di Madinah yang rosak akibat terkena ketulan ais itu.

Satu video menunjukkan seorang lelaki di Madinah memegang beberapa bola ais yang merosakkan bumbung suria keretanya.

Selain Madinah, beberapa wilayah di Arab Saudi turut terjejas dengan cuaca buruk, termasuk Makkah, Dawadmi dan Al-Baha.

Arab News melaporkan, hujan batu yang lebat itu menyebabkan pihak berkuasa di sebahagian negara itu menutup sekolah dan kolej untuk memastikan keselamatan pelajarnya.

Pihak Berkuasa Meteorologi Arab Saudi memberitahu, cuaca buruk termasuk ribut petir, ribut pasir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa wilayah di Arab Saudi.

Dalam tempoh beberapa hari lagi, jarak penglihatan akan berkurangan di wilayah timur dan bahagian selatan Riyadh dan seluruh Najran.

Tambahnya, suhu juga dijangka menurun di bahagian utara dan tengah negara itu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...