EdisiViral.Com Search Guest Post Login

#HPU914: Pertahan kalimah ummah demi tauhid, kata pensyarah

0 month ago, 13-Sep-2019


#HPU914: Pertahan kalimah ummah demi tauhid, kata pensyarah?

?Beberapa hari menjelang PAS dan Umno mencatat sejarah menandatangani piagam bersama, seorang pensyarah mempertahankan kewajaran kedua-dua pihak mengekalkan istilah "penyatuan ummah" untuk memaknakan detik tersebut.
?
Pakar sosiologi pendidikan, Dr Zulkeflee Yaacob, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyifatkan perkataan ummah lebih serasi digunakan dan lebih menjiwai umat Islam.
?
"Ummah dapat menyatukan masyarakat Islam dan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
?
Saya rasa ada permainan politik retorik ketika orang Melayu sudah bersedia mendukung perjuangan Umno dan PAS atas nama penyatuan ummah.
?
Jangan pula mencari alasan menggantikan penyatuan ummah atas nama lain termasuk piagam nasional atas tuntutan waktu," katanya seperti dilapor harakahdaily hari ini.
?
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan, projek kerjasama Umno dan PAS yang bertemakan perpaduan ummah mungkin ditukar kepada perpaduan nasional untuk menjadikan ia lebih inklusif
kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
?
Menurut sumber, dengan penggunaan kalimah "ummah" ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata.
?
Sedangkan, katanya, kerjasama tersebut dibina dengan merangkumi rakyat Malaysia berbilang kaum.
?
Pada 31 Ogos lalu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan , memaklumkan pihaknya memutuskan untuk menukar tema penyatuan ummah - yang digunakan secara meluas ketika ini - kepada nama lain.
?
Menurut Mohamad, perkara itu diputuskan ekoran terdapat pertikaian berhubung tema tersebut, selain mahu menggambarkan penyertaan semua kaum di negara ini.
?
Ekoran laporan Malaysiakini itu juga, PAS dan Umno menjadi bahan persendaan penyokong kerajaan kerana dilihat terpaksa tunduk kepada kehendak parti lain seperti MCA dan MIC.
?
Zulkeflee berkata Umno dan PAS perlu konsisten untuk mengekalkan istilah ummah sebagai tanda kemenangan moral dan tauhid.

SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com