EdisiViral.Com Search Guest Post Login

#HPU914: Jangan terpengaruh provokasi

3 month ago, 11-Sep-2019


KOTA BHARU 9 Sept. - Semua peserta Himpunan Penyatuan Ummah (HPU 914) dari negeri ini khususnya ahli Pas diminta supaya menjaga akhlak dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi ketika hadir pada hari bersejarah tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Jumaat dan Sabtu ini.

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, para peserta harus menunjukkan contoh yang terbaik sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah untuk perpaduan dan bukannya untuk menimbulkan sebarang kekocahan atau provokasi kepada mana-mana pihak.

"Perhimpunan ini adalah untuk menzahirkan kecintaan kepada kedamaian, keharmonian dan kestabilan negara. Semua pihak harus memberikan sokongan kepada penyatuan ini.

"Nama pun penyatuan. Pergi dengan semangat perpaduan bukan untuk untuk menimbulkan kekacauan dan sebagai rakyat yang sudah matang mereka tidak boleh terpengaruh dengan provokasi oleh pihak yang tidak suka melihat kepada penyatuan ini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

HPU 914 bakal mencatat sejarah baharu apabila dua parti terbesar orang Melayu, Pas dan UMNO bakal menandatangani piagam perpaduan ummah dan perjanjian persefahaman bersama (MoU).

Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, pihaknya tidak mengaturkan sebarang pergerakan ahli untuk menghadiri HPU 914 namun yakin ramai yang akan menyertainya.

"Kita jangka ramai yang hadir. Kita buat seruan menyeluruh supaya hadir tetapi kita tidak atur sebarang pergerakan. Saya yakin dengan semangat yang kita lihat di luar sana, masing-masing teruja untuk menjadi sebahagian daripada sejarah setelah lebih berpuluh tahun kemerdekaan satu piagam penyatuan umat Islam akan termetrai secara rasmi.

"Mereka akan hadir kerana mahu menjadi sebahagian daripada sejarah. Kalau tragedi 1969 yang menyatukan UMNO dan Pas serta kemerdekaan negara orang sebut hari ini maka 100 tahun lagi pun orang akan sebut mengenai HPU 914, ini adalah satu kenangan indah untuk orang Melayu dan Islam," katanya.

Katanya, penyatuan tersebut digarapkan bukan hanya untuk orang Melayu dan Islam tetapi untuk seluruh rakyat negara ini yang berbilang kaum dalam suasana politik yang diadu dombakan oleh DAP.

"Kita sudah lihat DAP berjaya mengapikan sebahagian rakyat malaysia di luar sana dan berlaku perpecahan dalam kalangan orang Melayu. Bila berlaku penyatuan orang Melayu maka menjadi tanggungjawab kerajaan mengemudi ke arah penyatuan menyeluruh supaya peristiwa 1969 tidak berulang.

"Penyatuan ini tidak memberikan sebarang masalah bahkan sebenarnya membawa kebaikan kepada poltik Malaysia kerana Islam dan Melayu adalah teras kepada Malaysia. Semua bangsa sepatunya merasakan Malaysia lebih aman bila berlaku penyatuan," katanya. - UTUSAN ONLINE

SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...