EdisiViral.Com Search Guest Post Login

#HPU914: Hayati agenda sebenar Penyatuan Ummah

0 month ago, 11-Sep-2019


 Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru rakyat Malaysia khususnya para pendukung PAS dan UMNO untuk menghayati agenda sebenar penyatuan ummah.

PAS meletakkan asas yang kukuh bersumberkan firman Allah SWT yang bermaksud, Dan tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong atas dosa dan permusuhan.

PAS dan UMNO besetuju untuk saling bekerjasama ke arah membina negara yang lebih baik berasaskan kerukunan yang telah disepakati.

Agenda penyatuan ummah perlu digarap sebelum usaha pembinaan semula negara dilakukan.

Dalam hal ini, PAS berusaha mencari titik persefahaman dan bertolak ansur atas perkara-perkara yang diharuskan. Jika tidak, kesatuan umat Islam akan lemah dan mudah diganyang oleh musuh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantah, kelak kamu akan hilang kekuatan, dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Sila klik pautan berikut untuk bacaan lanjut

https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12967-hayati-agenda-sebenar-penyatuan-ummah

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH ialah KetuaDewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Malaysia Pasir Puteh

SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com