EdisiViral.Com Search Guest Post Login

#HPU149 bukan untuk survival politik

0 month ago, 13-Sep-2019

Sayap wanita Umno dan PAS berkata penyatuan dan kerjasama antara 2 parti itu bukan bermotifkan kelangsungan politik, sebaliknya keikhlasan dalam menawarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Melayu Islam.

Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad berkata dakwaan yang dibuat pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap inisiatif itu adalah provokasi untuk menidakkan kerjasama 2 parti besar orang Melayu itu.

Kita tak buat kacau bilau. Kita raikan perpaduan dan hormati bangsa lain.

Parti kami tak ajar kurang ajar. Ini lebih kepada provokasi PH untuk buat kita tak selesa. Tapi kita tak kisah. Dalam politik, memang kita terdedah dengan provokasi, katanya pada satu sidang media selepas program Sembang Santai Puteri Umno dan Ameerah Malaysia, sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.




Noraini berkata demikian bagi mengulas pertanyaan pemberita tentang dakwaan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno hanyalah untuk kelangsungan politik parti itu selepas kalah dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Sementara itu, Nuridah berkata, hubungan baik kedua-dua parti itu bukanlah baru, malah hubungan PAS dan Umno tidak ubah seperti adik beradik dan keluarga rapat.


Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad dan Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh.
Jelasnya, presiden PAS memberitahu ahli parti itu bahawa Umno dalah seumpama parti adik beradik yang mempunyai akidah dan keturunan yang sama.

Kita berkongsi dalam banyak hal. Bukan baru, dah lama. Sejak menuntut kemerdekaan lagi, katanya kepada media.

Terdahulu hari ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerjasama politik PAS-Umno yang kini diperkuatkan menerusi himpunan yang bermula hari ini tidak akan kekal lama.

Katanya, apabila strategi politik kedua-dua parti itu tidak menjadi, mereka akan berbalah dan saling mengkafirkan sesama sendiri seperti dahulu.

Himpunan anjuran Umno dan PAS itu dijadualkan berakhir esok dengan perisytiharan dokumen Piagam Muafakat Nasional yang mengesahkan kerjasama politik antara 2 parti orang Melayu itu.

sumber 

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com