EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

House Tour Disebalik Rekaan Dalaman Rumah Agam Kim & Kanye West!

1 month ago, 12-Feb-2020

Money cant buy you class. But if you got taste and money you can definitely work on it!
Foto: Architectural Digest

Siapa sangka disebalik kemewahan dan populariti Kim Kardashian, dia dan suaminya, Kanye West sebenarnya lebih suka hiasan dalaman yang lebih ringkas.

Kim dan Kanye menjemput majalah Architectural Digest ke rumah agam mereka yang disifatkan sebagai wildly idiosyncratic family refuge in suburban Los Angeles.

Pasangan berpengaruh di Hollywood itu sebelum ini tidak gemar berkongsi foto-foto rumah mewah mereka atas faktor keselamatan. Bagaimanapun akhirnya mereka bersetuju dan berkongsi cerita bagaimana mereka mengubah tapak estet itu menjadi rumah idaman mereka.

Rumah itu dibeli pada tahun 2014 dengan harga 20 Juta US dolar. Menurut Kim, mereka mula meninjau rumah agam di sebuah tapak estet itu pada tahun 2013. Pada mulanya mereka tidak begitu berminat, tetapi Kanye merasakan suasananya sangat menenangkan. "I thought the house was perfection. Kanye was less enthusiastic. He said, 'It's workable',"

Mereka kemudian berjumpa dengan seorang pereka hiasan dalaman dari Belgium, Alex Vervoordt, yang menepati idea yang dibayangkan. "When I saw the kind of work he was doing, I thought, this man could design Batman's house. I had to work with him," kata Kanye kepada AD.

Menurut Kris Jenner, rumah itu yang dibeli pada harga 20 Juta kini nilainya meningkat kepada 60 Juta US Dolar selepas enam tahun. Sementara itu menurut arkitek rekaan rumah ini, Alex, Kanye mahukan suasana yang tenang dan penuh zen.

"We changed the house by purifying it, and we kept pushing to make it purer and purer," jelasnya.

Tambah Alex, posisi setiap bilik diubah dan jumlah perabot dikurangkan menjadi minimal untuk ilusi lebih luas. Mereka juga memilih palet warna yang neutral, menjadikan setiap ruang kelihatan damai dan minimal.

Apa yang paling penting, menurut Kim, mereka memastikan rumah itu mesra keluarga dan juga kid-friendly. Kata Kim dia mahukan anak-anak mereka iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm berasa selesa dan boleh bergerak bebas di setiap ruang.

Artikel asal: Architectural Digest
Foto: Architectural Digest via Kim Kardashian Instagram

SUMBER : cosmopolitan.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...