EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

HOSPITAL SWASTA BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM5 JUTA JIKA TIDAK SETUJU BANTU KERAJAAN LAWAN COVID-19

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

KUALA LUMPUR: Proklamasi darurat yang diumumkan pada Selasa lalu membolehkan kerajaan mendapatkan bantuan hospital swasta untuk bersama memerangi wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan hospital swasta akan dapat mengurangkan kebimbangan masalah tidak cukup katil untuk merawat pesakit COVID-19.

Kita setuju dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kalau boleh kita tidak mahu memaksa lagi. Peringkat awal ini kita minta mereka berbincang dengan pihak hospital swasta memberikan cadangan kerajaan.

Kalau mereka tidak setuju, kita boleh gunakan undang-undang malah boleh mendenda hospital berkaitan kalau tidak silap saya sehingga RM5 juta dan boleh dipenjara kalau mereka tidak bersetuju, katanya.

Menurut Ismail Sabri, setakat ini pihaknya berpandangan hospital swasta boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 tahap satu dan dua selain bantuan fasiliti makmal.

Sebelum ini dalam Perutusan Khas Darurat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata proklamasi darurat memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah untuk memasyhurkan beberapa ordinan darurat untuk membendung wabak COVID-19.

Kuasa itu katanya akan merangkumi pengambilan milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan penggunaan sumber hospital swasta, bagi tujuan merawat pesakit Covid 19. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...