EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hospital swasta berdepan denda RM5 juta jika tolak pesakit Covid-19

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Pelaksaan Ordinan Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan membolehkan kerajaan untuk mengarahkan pihak hospital swasta menerima pesakit Covid-19 dan menjadikan premis berkenaan sebagai pusat kuarantin.

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pihak hospital swasta yang enggan menerima atau tidak memberi kerjasama untuk merawat pesakit Covid-19 boleh dipenjara atau didenda sehingga RM5 juta.

Beliau berkata, di bawah Ordinan Darurat, kerajaan mengharapkan kerjasama daripada pihak swasta untuk memudahkan tugas kerajaan mengatasi penularan Covid-19. 

“Justeru, pihak hospital swasta wajib membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menerima dan merawat individu yang dikesan dijangkiti Covid-19 tanpa boleh ada penolakan.

“Sekiranya mereka (hospital swasta) tidak memberikan kerjasama serta enggan menerima dan merawat pesakit Covid-19, mereka boleh berdepan risiko dipenjara dan didenda sehingga RM5 juta.

“Dulu hospital swasta boleh reject (buang) pesakit dan KKM tiada kuasa untuk halang mereka namun di bawah Ordinan Darurat ini kerajaan boleh arahkan pihak hospital swasta ambil pesakit Covid-19, dan jadikan hospital mereka sebagai pusat kuarantin,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, semasa pelaksanaan Ordinan Darurat juga kerajaan tidak perlu bimbang dengan isu tidak cukup katil bagi pesakit Covid-19, selepas KKM boleh mengarahkan pihak swasta membenarkan penggunaan wad mereka.

Hospital swasta berdepan denda RM5 juta jika tolak pesakit Covid-19 Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...