EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Horoskop Kamu Oktober Ini

0 month ago, 10-Oct-2019

Jom intai perkara yang bakal kamu lalui bulan ini. Untuk suka-suka saja!

Selamat Hari Jadi Libra! (23.9-22.10)

Libra Girl Zara Zya

Kamu hampa kerana tiada yang menarik terjadi sepanjang Oktober ini (werent you supposed to be the centre of attentions?) Tapi, selepas 15 Oktober tenaga kamu melonjak naik menjadikan kamu ekstra dalam segala hal; perhubungan, kerjaya dan kehidupan kamu. Jadi teruskan untuk lebih agresif.

Tahun Kamu: Mungkin Oktober tak berapa menyerlah, khabar gembira tentang hubungan akan kamu terima selepas Disember. Untuk kerjaya, jangan patah semangat bila kamu dihentam majikan. Sebaliknya, bangkit dan buktikan kamu boleh lakukan tanpa sebarang alasan.

Scorpio 23.10-21.11

image

Jalan hidup kamu agak meh September lalu, tapi kitaran hidup kan membulat. Sekejap kamu di bawah, ada masa kamu akan berada di atas pula. Selepas 3 Oktober, kamu bersinar bak permata. Teman pejabat kagum dengan tugasanmu. Kamu suka mulakan dari bawah dan kini kamu sedang berada di atas.

Sagittarius 22.11-21.12

image

Oohh, hidup kamu menarik sepanjang bulan ini. Tapi, Cosmo nampak teman pejabat tak berapa selesa dengan sikap bossy kamu. Cuba kurangkan kerana takut ada sketsa drama swasta. Jika berlarutan, cuba bawa berbincang. Jangan pula kalian bertekak dengan intonasi suara Real Housewives reunion.

Capricorn 22.12-19.1

image

Semua nak lepak dengan kamu, ya Cosmo tak nafikan kamu bubbly dan mudah didekati. Yeay! Kecuali rakan sekerja kamu Adakah teman sekeliling tak puas hati kerana kamu dinaikkan pangkat? Good thing you have your ride-or-dies close.

Aquarius 20.1-18.2

image

Alamak, bos memerhatikan kamu. Apa saja yang keluar dari mulut, perbuatan dan segalanya adalah under heavy surveillance. Tak apa, asalkan kamu tak cepat melenting dan kekalkan sikap positif, Cosmo yakin kamu boleh survive di pejabat.

Pisces 19.2-20.3

image

Kamu dalam mood gembira kerana tiada lagi LDR dengan si dia. Kalian boleh pelan hujung minggu dan melakukan aktiviti bersama. Apa kata berikan si dia kejutan selepas 20 Oktober. Rancang percutian dengan teman atau ambil lesen diving bersama.

Aries 21.3-19.4

image

Semua aura positif Oktober ini buat hubungan kamu ke fasa seterusnya. Ada berita tak baik , selepas 11 Oktober kamu bakal terputus hubungan tapi kemudiannya kalian bakal berbaik kembali. Jika kamu tak kawal angin mungkin si dia akan ucap selamat tinggal buat selamanya.

Taurus 20.4-20.5

image

Ada berita baik: Kamu baru saja diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar. Berita kurang baik: Panggilan dari bank bertalu-talu kerana kamu belum langsaikan hutang kad kredit. Hati-hati, jangan sampai makan diri.

Gemini 21.5-20.6

image

Arghhhh, sudah lama tak berehat. Kamu cuma perlukan dua hari untuk tidur berkualiti, makan berkhasiat dan patut mulakan rutin bersenam untuk kekal cergas. Asingkan diri atau deactivate akaun media sosial jika toksik menguasai.

Cancer 21.6-22.7

image

Kamu dalam mood mahu bercinta, tapi tak ada jejaka berani mendekati wanita dominan seperti kamu? Jangan risau, kerana dia bakal muncul selepas 21 Oktober. Jangan terlalu ghairah, tunjukkan kamu seorang wanita yang tenang dalam semua situasi.

Leo 23.7-22.8

image

Kamu impikan hujung minggu yang tenang dan tak ada gangguan, tapi hal itu tak mungkin terjadi sepanjang bulan ini. Banyak tugasan masuk bertubi-tubi. Jangan mengalah dan mengeluh, buktikan pada semua yang kamu mampu lakukan!

Virgo 23.8-22.9

image

Kamu inginkan pembaharuan dalam hubungan, tanpa ragu-ragu kamu DM ramai jejaka hot di Tinder (sebelum ini kamu lebih memikirkan emoji yang sesuai untuk balas mesej si dia). Kamu bijak dan tahu waktu terbaik untuk buka langkah.


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic


loading...