EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jun Hoong kejar masa

5 month ago, 08-Jan-2020

BIARPUN mengakui sukar buat ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong kembali ke prestasi terbaiknya pada waktu terdekat ini, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) tetap akan memberi sokongan penuh buat juara dunia itu.

Hanya tinggal tiga bulan buat Jun Hoong sebelum menyertai Piala Dunia di Jepun April ini, kejohanan terakhir menawarkan kelayakan ke temasya Olimpik 2020 yang mana 18 atlet terbaik dalam acara individu di kejohanan itu akan layak ke Olimpik.

Timbalan Presiden Asum, Oon Kee Seng memaklumkan Jun Hoong kini menjalani latihan di China bersama bekas jurulatihnya, Yang Zhuliang.

Katanya, ia adalah keinginan Jun Hoong yang mahu mencuba apa yang termampu untuk melayakkan diri ke Olimpik dan hasrat itu turut mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Sebagai atlet berstatus juara dunia, peluang perlu diberikan kepada Jun Hoong. Biarpun tampak sukar namun Asum tetap akan menyokong hasratnya.

Dia mempunyai bakat dan sebab itu MSN bersetuju memberi peluang kepada Jun Hoong dengan menghantarnya berlatih di China bersama Zhuliang.

Apa yang penting adalah beri Jun Hoong peluang dan saya harap dia mampu melakukan yang terbaik kerana ramai menaruh harapan tinggi kepadanya, katanya.

Jun Hoong yang meraih pingat emas acara 10m platform di Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary, Julai 2017 terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut tahun lalu tidak menyertai sebarang pertandingan sejak Mei lalu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...