EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Honor Vera30 mungkin akan hadir dengan paparan 90Hz, Kirin 990 dan teknologi 5G

0 month ago, 11-Sep-2019

Baru-baru ini Honor telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan telefon pintar siri-V iaitu Honor Vera30 yang akan menjadi peranti pertama dari Honor dengan teknologi 5G dengan cip pemproses Kirin 990.

Ura-ura juga berpendapat bahawa peranti ini akan turut dilengkapi dengan paparan kadar segar semula 90Hz. Jika benar, sekaligus menjelang tahun 2020 kita mungkin akan diperlihatkan pelbagai lagi peranti yang menggunakan paparan 90Hz.

Namun setakat ini tiada maklumat lanjut yang terdedah tentang Honor Vera30 ini. Apa yang pasti dalam masa terdekat ini, Huawei (keluar syarikat bersama Honor) bakal melancarkan siri Huawei Mate 30 yang pertama dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 990.

Honor Vera30 mungkin akan hadir dengan paparan 90Hz, Kirin 990 dan teknologi 5G TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com