EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bida Honda Integra RM37,00

0 month ago, 11-Sep-2020


SEBERANG JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengutip kira-kira RM1.45 juta hasil lelongan 96 kenderaan sita yang dilupuskan, hari ini.

 

Proses lelongan awam bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dihadiri 148 pembida.

 

JPJ Pulau Pinang memaklumkan proses lelongan itu dibuat terhadap 96 kenderaan yang disita atas kesalahan tidak didaftarkan mengikut Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Daripada jumlah itu, 94 daripadanya boleh dilesenkan, manakala dua lagi kenderaan tidak boleh dilesenkan (skrap).

 

"Antara model kenderaan yang dilelong ialah Honda Accord, Toyota Camry, Mazda 6, Mercedes Benz dan BMW serta kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey, Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis selain motosikal dan van," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

 

Katanya, bidaan paling tinggi membabitkan kereta Honda Integra pada pada harga RM37,000 manakala motosikal Honda CB400 pula dibida pada harga RM12,000.

 

-MyMetro


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...