EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

DG Noor Hisham Beri Jangkaan Tarikh Ini Untuk Jumlah Kes C0VlD19 Turun

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jangkaan untuk melandaikan kes COV-19 pada bulan Mei depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, setakat ini masih terlalu awal untuk meletakkan unjuran COV-19 dan jangkaan itu juga bergantung kepada tahap kepatuhan masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kita telah berada di landasan yang betul dan kita harap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Jika ada keperluan untuk keluar rumah pastikan sop dipatuhi, pakai pelitup muka, cuci tangan dan sebagainya.

Kita jangkakan mungkin dalam bulan Mei kes COV19 dapat dilandaikan di negara kita, katanya ketika sidang media KKM pada Rabu di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan, KKM meletakkan tempoh 12 minggu bagi mengawal semula kedudukan kes COV-19 di negara.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan PKP bagi tempoh dua minggu ini akan diteliti dan perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa COV19.

: ASTRO AWANI

Hari Pertama PKP, Ini Keadaan Terkini Di Tengah Ibukota Kuala Lumpur (3 Gambar)

Lima negeri dan tiga wilayah persekutuan akan kembali kepada sekatan ketat di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dalam rangka kerajaan menangani Cov-19 bermula tengah malam ini.

Sementara itu, negeri-negeri lain akan melihat perubahan pada PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP) yang dikenakan di negeri-negeri tersebut.

KUALA LUMPUR TIADA ORANG?

Pada hari pertama PKP 2.0 kelihatan ibukota Kuala Lumpur lengang tiada orang. Suasana sama ketika PKP 1.0 dulu dilaksanakan.

Gambar ehsan dari Berita Harian

Mahkamah sekitar KL lengang susulan pelaksanaan semula PKP

Keadaan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) di sini yang kebiasaannya sentiasa sibuk bertukar lengang susulan arahan kerajaan yang menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu untuk mengekang penularan Covid-19.

Tinjauan Bernama di KMKL pada hari pertama PKP dilaksanakan mendapati hanya beberapa kenderaan dinaiki Hakim, Majistret dan Timbalan Pendakwa Raya yang bertugas secara bergilir-gilir dibenarkan masuk sepanjang tempoh dua minggu perintah itu.

Menurut seorang petugas mahkamah, hanya beberapa bilik mahkamah, antaranya sebuah bilik Mahkamah Sesyen dan dua bilik Mahkamah Majistret dibuka untuk sebutan kes-kes baharu.

Media dan orang awam tidak dibenarkan masuk kecuali petugas mahkamah dan pihak peguam yang terlibat dalam kes baharu, katanya kepada Bernama.

Berlainan di Mahkamah Ampang, Petaling Jaya dan Selayang, pihak media dibenarkan masuk bagi membuat liputan kes-kes baharu dengan pematuhan SOP yang ditetapkan iaitu pengesanan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakkan fizikal sepanjang masa ketika berada di kawasan mahkamah.

Menurut seorang petugas Mahkamah Selayang, setiap individu yang ingin memasuki pekarangan mahkamah perlu diperiksa suhu dan mengimbas kod QR mahkamah sebelum diberikan pelekat kuning yang ditulis suhu yang telah diperiksa.

Pada Selasa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan memaklumkan, semua pendengaran dan perbicaraan kes jenay4h di mahkamah terbuka bermula Rabu (13 Januari) hingga 26 Januari ditangguhkan susulan pelaksanaan PKP.

Bagaimanapun, menurut PKPMP perbicaraan atau pendengaran kes sivil di mahkamah seluruh negara ini boleh dikendalikan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Pada Isnin lepas, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Januari) hingga 26 Januari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB), manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak untuk tempoh sama. Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

DG Noor Hisham Beri Jangkaan Tarikh Ini Untuk Jumlah Kes C0VlD19 Turun Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...