EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hiruzen Dituduh Makan Harta Anak Yatim. Ini Respon Penulis Naruto

0 month ago, 22-Nov-2021

Hiruzen Dituduh Makan Harta Anak Yatim. Ini Respon Penulis Naruto | Watak Sarutobi Hiruzen (Hokage Ketiga) dalam Naruto ini ramai yang salah faham. Ramai tertanya-tanya, kalau Naruto anak Minato Namikaze, Hokage Keempat, kenapa Naruto miskin dan hari-hari makan meggi?

Hiruzen Dituduh Makan Harta Anak Yatim. Ini Respon Penulis NarutoAnak Hokage tetapi takkan tak ada warisan harta untuk Naruto. Ramai sangka Hiruzen yang makan duit Naruto. Hiruzen makan harta anak yatim ????

Tetapi sebenarnya, sewaktu awal-awal bab, Masashi Kishimoto (pengarang Naruto) dalam temubualnya, belum putuskan pun siapa ayah Naruto. Kishimoto dah wujudkan watak Minato, tetapi belum putuskan apa peranannya.

Sebab itu macam tak ngam kenapa Naruto anak Hokage tetapi miskin.

Bukan ini saja. Watak Uchiha Itachi ini pun Kishimoto tak rancang untuk wujudkan untuk Sasuke. Wujud agak lewat. Mula-mula beliau putuskan untuk jadikan Itachi jahat. Kemudian, dia putuskan jadikan Itachi sebenarnya baik pula.

Kishimoto pernah cadang nak jadikan Sakura satu-satunya Heroin dalam Naruto. Tetapi gagal sebab ramai pembaca benci Sakura. Tetapi peliknya, Hinata yang jarang muncul jadi popular. Waktu ini baru Kishimoto putuskan untuk jadikan Hinata pasangan Naruto ????

Kishimoto jenis menulis/melukis sepanjang jalan tetapi tiada pelan yang lengkap dari awal. Shoot first, ask question later.

: Zamir Mohyedin

Hiruzen Dituduh Makan Harta Anak Yatim. Ini Respon Penulis Naruto KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...