EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak hirau busy, Paklong Mail luangkan masa makan dengan anak2 yatim

0 month ago, 15-Sep-2020

Menteri Keselamatan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri merupakan antara menteri yang agak sibuk sejak bermulanya pendemik Covid-19.

Bukan hanya perlu membuat sidang media hampir setiap hari, malahan sejak kebelakangan ini, beliau perlu sama-sama berkempen dalam beberapa pilihan raya di tempat-tempat tertentu.

Namun begitu, menerusi media sosial miliknya, Datuk Ismail Sabri telah meluangkan sedikit masa buat anak-anak yatim dengan makan tengahari bersama-sama di hotel terkemukan negara.

Dalam video yang disertakan Ismail Sabri, dapat kita lihat beliau menyantuni anak-anak yatim dari Raudhatul Al Faeez dengan bertanya khabar serta beramah mesra dari meja ke meja.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif diatas perkongsian tersebut. Mereka juga berharap agar Menteri Pertahanan Negara itu terus bersikap begini lebih-lebih lagi dapat memberi contoh yang baik untuk semua.

: Ismai lSabri Yaakob


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...