www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


#HimpunanDaulat812: Jom Kita Putihkan Kuala Lumpur Hari Ini

0 month ago, 08-Dec-2018


1.45 am – Himpunan Daulat 812 bukan sahaja menghimpun rakyat Malaysia bagi membantah ratifikasi ICERD tapi ia juga membuka pintu rezeki kepada para peniaga.

Tinjauan di kawasan Masjid Negara mendapati ianya meriah dengan para peniaga yang menjual pelbagai barangan. Selain daripada t shirt bertulis ‘Tolak ICERD’, terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual seperti kambing golek, nasi ayam, jeruk dan lain-lain.

Para peserta himpunan yang telah tiba awal mengambil kesempatan bersarapan terlebih dahulu sebelum himpunan ini bermula.

*****

10.30 am – Di Masjid Jamek, kini, hampir lima ribu rakyat tanpa mengira perbezaan latar belakang ras, fahaman dan fikrah telah mula berhimpun dalam suasana aman dan tenang.

Dalam memastikan kelancaran dan keamanan himpunan, program dimulai dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Hanif, Ketua Pemuda Pas Kuala Langat.

Pasukan keselamatan juga siap sedia untuk kawalan di lokasi terbabit.
*****

KUALA LUMPUR, 8 Dis Hari ini, dijangka lebih 500 ribu rakyat akan berhimpun di Dataran Merdeka dan kawasan sekitar yang dibenarkan pihak berkuasa bagi menyatakan solidariti kepada agama, bangsa dan tanah air.

Rakyat telah mula membanjiri kawasan check point seperti di Masjid Negara seawal pagi tadi, di mana ketika solat subuh berjemaah hampir menyamai jumlah waktu solat Jumaat.

Selain Masjid Negara, kawasan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Kompleks Sogo turut menjadi check point, sebelum peserta himpunan bergerak secara aman ke Dataran Merdeka.

Bahkan bukan sahaja di negara ini, malahan bantahan turut disuarakan oleh mahasiswa di luar negara seperti di Mesir yang menyokong usaha himpunan tersebut.

Himpunan aman tersebut bertitik tolak daripada komitmen kerajaan di dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan meratifisi ICERD.

Setelah mendapat tentangan hebat daripada rakyat, kerajaan terpaksa tunduk dengan tidak meratifikasi ICERD, itupun melalui kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri tanpa tandatangan Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi apa yang rakyat mahukan kerajaan membawanya ke sidang Dewan Rakyat. – MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts