www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Himpunan Daulat 812 Manifestasi Jangan Usik Islam, Melayu Dan Bumiputera Ahmad Zahid

0 month ago, 08-Dec-2018


KUALA LUMPUR, 8 Dis Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa jangan diusik soal Islam, Melayu dan Bumiputera kerana rakyat akan bangkit mempertahankan hak.

Katanya, Himpunan Daulat 812 adalah manifestasi bahawa sekiranya hal-hal tersebut diusik maka rakyat akan bersatu menentangnya.

Inilah manifestasi kalau Islam diusik… kita bangkit mempertahankan bahawa kita bersatu dan kita lihat kesatuan ini adalah simbolik jangan main-main dengan rakyat kerana jika diusik maka kita akan berkumpul dan bersatu sebagaimana hari ini, katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian di hadapan lebih setengah juta rakyat yang bersatu dalam menjayakan Himpunan Daulat 812 bersempena penolakan kepada ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tegasnya, jika sebelum ini himpunan sedemikian telah diadakan bermula di Pasir Salak yang mencapai kehadiran seramai 50,000 orang tetapi di Dataran Merdeka ia bertambah menjadi lebih 500,000 orang.

Inilah semangat orang Islam, Melayu dan Bumiputera yang mula membara dan mudah-mudahan kerjasama antara UMNO dan Pas akan diterjemahkan atas isu Islam… atas isu Melayu dan bukan hanya dalam gagasan pembangkang tetapi juga dalam membincangkan pelbagai isu lain lagi.

Ini bukan gabungan politik tapi ini adalah gabungan fikrah kerana rakyat mengharapkan kesatuan antara Pas dan UMNO. Kita bersatu dan demi perhimpunan ini kita sanggup berpanas dan berhujan, katanya.

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa kecewa apabila ICERD sekadar diperjelaskan oleh kerajaan menerusi satu kenyataan akhbar, tidak seperti isu rusuhan kuil Hindu di Subang, dekat sini baru-baru ini sehingga Perdana Menteri sendiri membuat kenyataan dalam sidang Dewan Rakyat.

Jika ICERD diratifikasikan maka nasib orang-orang Melayu dan juga Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak akan terjamin.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua para peserta yang datang berhimpun. – MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts