EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

5 Cara Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

0 month ago, 23-Nov-2021

Bintik-bintik hitam atau tahi lalat dibaju selalunya akan terjadi akibat longgokan baju lembab yang disimpan tanpa menyidainya dengan betul.

Selain itu, tahi lalat ini juga sering terjadi pada pakaian bayi disebabkan seringkali terlupa hendak mencuci muntah atau tertumpah susu pada pakaian.

Bila terjadi perkara ini, pasti kita rasa ‘geram’ dan sedih, lebih-lebih lagi apabila terkena pada pakaian kegemaran atau kesayangan.

Namun anda tidak perlu risau kerana ada petua dan cara untuk menghilangkan kesan taik lalat yang timbul di pakaian. Antaranya adalah:

Baca juga: Cara Masak Nasi Tanpa Kanji. Mudah Saja!

1. CUKA

Caranya:

  1. Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air.
  2. Kemudian rendamkan selamalebih kurang 1 jam.
  3. Kemudian cuci bahagian yang bertahi lalatdengan menggunakan sabun pencuci pencuci.
  4. Seterusnya gunakan air yang sedikit panas semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.

Nota: Jika mahu digunakan pada sofa ataulangsir, anda perlumasukkan larutan cuka itu ke dalam botolspraydan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun pencuci.

2. JUS LEMON DAN GARAM

Caranya:

  1. Perahkan 1 biji lemon.
  2. Kemudian campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi seperti pes.
  3. Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat.
  4. Kemudian beruskan seperti biasa.

Nota: Anda boleh juga rendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam yang suam selama 1 jam.Selepas itu barulah dibilas denganair biasa.

3. PELUNTUR

Caranya:

  1. Larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut.
  2. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sehingga keseluruhan taik lalat itu tertanggal.
  3. Sebaiknya gunalah air yang sedikit panas untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut.
  4. Jika pakaian anda adalah daripada fabrik lembut dan sensitif,rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.

4. BAKING SODA

Caranya:

  1. Campurkan sedikit air padabaking sodadan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang bertahi lalat.
  2. Biarkan seketika, kemudian beruskan seperti biasa.

Nota: Jika tahi lalat masih ada, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbukbaking sodatersebut.Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza.

5. VANISH

Caranya:

  1. Sapukan pencuci Vanish pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat.
  2. Kemudian biarkan seketika lebih kurang 5 ke 10 minit.
  3. Kemudian beruskan sedikit dan bilas.
  4. Selepas itu cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.

Cara Mencegah Tahi Lalat Pada Baju

  1. Setiap kali baju anda basah disebabkan peluh atau terkena air, sebaiknya terus cuci baju anda.
  2. Jangan biarkan baju anda terperuk didalam bakul baju.
  3. Jika anda merendam baju, pasti tidak rendam terlalu lama. ini akan menyebabkan taik lalat terhasil dengan cepatnya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah bintik hitam atau tahi lalat yang muncul di baju anda.

Baca juga: Cara Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi

5 Cara Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...