EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cara Hilangkan Kesan Gigitan Di Leher

0 month ago, 10-Oct-2019


Perkara sebegini selalunya akan berlaku pada pasangan kekasih ataupun pasangan pengantin yang baru mendirikan rumahtangga. Setiap kali berkasih-kasihan kebiasaannya akan muncul bekas berwarna merah pada kulit yang disebabkan oleh gigitan dan ciuman seseorang. Selalunya kesan Lovebite ini akan kerap berlaku di bahagian leher.

Tanda lovebite ini sebenarnya sangat menganggu lebih-lebih lagi berada di bahagian leher yang sulit untuk disembunyikan. Bahkan jika ada rakan yang melihat, ia mungkin akan menjadi bahan usikan dan gurauan pada semua. Semalam kena gigit drakula ke? Apa yang akan anda jawab jika di soal sebegini? sudah pasti anda akan tersipu-sipu malu dengan memberi alasan terkena alahan dan gatal dan banyak lagi.

Tidak semua pendapat orang sama terhadap bekas lovebite ini. Jika anda sedang memohon pekerjaan, tetapi jika ada yang melihat bekas itu, sudah pasti pandangan serong dan negatif bagi penilaian syarikat. Selalunya bekas ciuman ini akan mengambil masa yang lama untuk hilang.

Usah risau lagi, berikut merupakan 5 tips mudah menghilangkan Lovebite di leher dengan cepat.


1. Tekapkan dengan bekas sejuk

Bagi menghilangkan bekaslovebite di leher dengan mudah adalah dengan menggunakan kiub ais. Anda harus tekapkan ataupun menekan dan mengurut secara perlahan. Jika tidak ada ais, anda boleh saja menggunakan sudu yang telah disejukkan terlebih dahulu dan tekapkan ke tempat bekas merah itu.

2. Tekapkan dengan bekas hangat

Jika anda dapati dalam masa 2 hari bekas tersebut masih juga belum hilang, anda boleh menggunakan langkah yang seterusnya. akkan bekas yang suam hangat ke bahagian leher dan lakukan urutan secara perlahan. Pada masa yang sama, kaedah ini juga mampu melancarkan aliran darah yang terkumpul mula pudar tanpa meninggalkan sebarang bekas.

3. Vitamin E

Anda juga boleh sapukan vitamin E di kawasan yang terkenalovebite dan urutkan dengan perlahan. Cara ini boleh membantu menghilang serta memudarkan warna merah di leher.

4. Teknik solekan

Jika masih juga tidak hilang, terpaksalah anda menggunakan teknik solekan bagi menyembunyikannya. Anda boleh gunakan solekan dan warna yang menyamai warna kulit anda.

5. Pakai baju kemeja

Cara terakhir bagi menyembunyikan bekas ciuman nakal itu, anda boleh memakai pakaian yang berkolar dan biarkan kolarnya terbuka. Sebaiknya gunakan pakaian yang boleh menyembunyikan kesan nakal itu supaya tidak diketahui orang ramai.

Jika anda tidak mahu berada di dalam kesusahan dan tersekat untuk melakukan sesuatu yang normal, janganlah membuat ciuman nakal sebelum mempunyai hubungan yang sah. Jangan sampai perbuatan tersebut boleh memalukan anda dan orang lain menganggap anda seorang yang murah dan tidak bermaruah. Jika digelar sebegitu, sudah pasti anda anda akan rasa marah. Oleh itu cuba elakkan perkara yang boleh memburukkan nama anda dan keluarga. Jika mahu, berkahwinlah cepat-cepat. Ha..ha..ha..

: Bukanaku



Live Website Traffic


loading...