EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi

0 month ago, 22-Nov-2021

Masalah eyebag boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira umur dan jantina. Ianya boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Namun ianya kerap berlaku apabila semakin meningkat usia. Ini disebabkan struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata semakin kurang stabil.

Kejadian eyebag di sekitar bawah mata akan memburukan keterampilan wajah kerana kulit akan kelihatan lebam di bawah mata. Namun bagi golongan yang masih muda, kejadian eyebag ini boleh diatasi.

Menurusi artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara hilangkan eyebang secara semula jadi dengan mudah dan murah.

Punca Terjadinya Eyebag

Antara punca terjadinya eyebag di bawah mata adalah kerana:

  1. Tidak cukup tidur
  2. Tabiat suka merokok
  3. Mengambilan garam berlebihan
  4. Faktor keturunan

Baca juga: Cara Buang Toksin Dalam Badan (Detox)

Cara Hilangkan Eyebag Secara Semuajadi

Dah cuba macam macam petua. Tepek timun, letak kentang, letak teh uncang. Eye bag ni tak jugak kurang. Degil
yakmat.

1 – Guna Sudu

Masukkan sudu sekejap ke dalam freezer sehingga 5 ke 10 minit . Setelah itu, gunakan sebelah belakang sudu dan tekapkan ke bahagian eyebag sehingga sudu tadi hilang sejuk.

2 – Guna Ais

Masukkan beberapa ketul ais kecil ke dalam uncang kain dan tekapkan pada sekitar bahagian mata. Ulang dan lakukan dengan kerap sehingga ais mencair.

3 – Masker Timun

Timun sememangnya popular untuk kegunaan kecantikan kerana mengandungi air dan antioksidan yang tinggi. Ianya membantu melembapkan kulit supaya menjadi lebih segar.

Caranya ialah dengan mengambil hirisan timun yang nipis dan letakkan di kedua-dua belah mata. Selain boleh juga jadikan timun dalam bentuk jus dan ratakan ke kulit muka kemudian biarkan sehingga kering.

4 – Masker Yogurt

Selain itu, yogurt juga popular dan sering digunakan untuk kecantikan kerana ianya kaya dengan kalsium, vitamin A, tiaminam riboflavin dan niasin.

Caranya ialah ambil sesudu yogurt dan sapukan di keseluruhan kulit muka, kemudian biarkan ianya kering. Yogurt membantu melembapkan kulit dan mengurangkan garis halus di bawah mata.

5 – Uncang teh

Teh sememangnya diperkaya dengan kafein yang membantu meningkatkan peredaran darah, melindungi kulit daripada UV dan melambatkan proses penuaan.

Caranya ialah anda hanya perlu rendamkan uncang teh tersebut selama 5 minit dan sejukkannya di dalam peti sejuk selama 20 minit. Kemudian, anda perlu perah uncang teh tersebut untuk membuang lebihan air dan tekapkannya pada bahagian mata anda selama 15 sehingga 30 minit.

6 – Minyak badam

Minyak badam berkesan mengurangkan eyebag atau lingkaran di bawah mata kerana ianya mengandungi vitamin E yang dapat meratakan tona kulit dan mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV.

Caranya anda hanya perlu menyapu minyak badam di bahagian bawah mata sebelum tidur. Seeloknya pilih minyak badam jenis ‘cold pressed’.

7 – Campuran Kuning Telur, Madu Dan Lemon

Campurkan sebiji kuning telur, sesudu madu dan sedikit perahan lemon kemudian bancuh bahan tersebut sampai sebati. Sapukan di sekitar bahagian mata sebelum tidur dan cuci keesokan harinya.

8 – Gunakan Kentang

Kentang mengandungi enzim yang membantu mencerahkan kulit wajah. Cara menggunakannya, cuci kentang dan hiris kepada beberapa keping. Tekapkan hirisan ini di bahagian eyebag selama
10-20 minit sama ada sebelum dan selepas tidur.

Cara Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...