EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hilang sumber pendapatan, pakcik ini terpaksa kais sampah cari rezeki untuk keluarga

0 month ago, 25-Mar-2020

Sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, ada dalam kalangan kita yang bukanlah bekerja makan gaji mungkin sudah mula risau mengenai ekonomi mereka.

Buat peniaga-peniaga kecil yang hanya mengharapkan pendapatan daripada hasil jualan seharian, waktu seperti adalah saat paling genting buat mereka.

Begitu juga dengan kisah seorang pakcik ini, apabila dia ditemui sedang berkeliaran di kawasan pembuangan sampah kerana mahu mencari barangan terpakai yang boleh dijual.

Terjumpa Pak Cik ni sedang mencari barang kitar semula untuk dijual tepi KFC Sungai Dua, SPU. Saya dengan cara baik

Posted by Penang Kini onWednesday, March 25, 2020

Difahamkan, individu yang berjumpa dengan pakcik tersebut telah meminta warga emas itu pulang. Namun, apa yang didengari oleh individu amat menyedihkan.

Pakcik tersebut berkata dia terpaksa keluar juga mencari rezeki, kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan dan penutup muka buat keluarga yang sedang menunggu di rumah.

Sebelum meninggalkan pakcik tersebut, pakcik tersebut menerima sedikit bantuan dan penutup muka. Diharapkan, golongan seperti pakcik ini mendapat dana agar boleh membantu mereka mengatasi masalah kewangan di saat getir seperti ini.

: Penang Kini


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...