EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hilang Suami Sekelip Mata, Hidup Aiza Berubah 360 Darjah. Kini Giat Sharing Pengalaman Derita COVID-19

0 month ago, 11-Sep-2020

Dalam keghairahan menyambut tahun baru di ambang 2020, kita dikejutkan dengan penyebaran virus COVID-19.

Wabak pandemik ini bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi juga di seluruh dunia.

Sejak Mac lalu hingga kini bilangan mereka yang mati terus meningkat di seluruh dunia dan Malaysia juga turut terkesan disebabkan pandemik ini.

Sehingga hari ini negara kita mencatat kematian 128 dan kes terkumpul 9,810 (angka sehingga artikel ditulis).

: KKM

Walaupun keadaan tidak serius seperti sebelumnya, namun kita seluruh rakyat Malaysia perlu terus berganding bahu menentang virus yang sangat berbahaya ini.

Detik paling sukar

Bagi bekas pesakit COVID-19 yang berdepan pengalaman dijangkiti virus ini, pastinya ia menjadi detik paling sukar dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Salah seorang adalah Puan Aiza Syafinaz Shahak, 34 tahun antara pesakit terawal dikesan dijangkiti virus ini.

Bukan dia sahaja terkena, sebelum itu disahkan positif adalah suaminya sendiri, Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36 tahun yang akhirnya meninggal dunia akibat COVID-19.

Kenangan bersama arwah suami.

Ketika ditemubual secara eksklusif bersama Aiza memberitahu sudah hampir lima bulan dia kehilangan suami tersayang.

“Selepas kehilangannya, saya mengalami perubahan 360 darjah yang sangat ketara. Saya jadi paranoid dan sangat takut untuk berada di tempat yang ramai orang.

“Tetapi saya cuba untuk kawal diri dan emosi supaya dapat menerima segala ketentuan Allah dengan tenang dan reda. Paling penting teruskan semangat berjuang untuk sama-sama menentang musuh utama dunia ini,” ungkapnya memulakan perbualan petang itu.

Jalani hidup norma baru

Menurut Aiza, bukan dia dan arwah sahaja yang dijangkiti tetapi seluruh ahli keluarga turut disahkan postif.

“Tidak dinafikan sampai sekarang saya masih trauma berdepan dengan pengalaman dijangkiti virus ini.

“Sebagai bekas pesakit COVID saya perlu menjalani kehidupan dalam norma baru. Perlu sentiasa memakai pelitup muka, bawa sanitizer ke mana-mana dan kerap basuh tangan.

“Saya perlu sentiasa berjaga-jaga. Walaupun sedikit kebebasan telah diberi, tetapi kita masih belum menang. Kita perlu berjihad untuk terus menentang virus ini.

Walau telah sembuh, masih trauma dan fobia.

“Oleh sebab itu saya terpanggil untuk mewar-warkan kepada orang ramai supaya terus menjaga diri dari persekitaran.

“Pentingkan keselamatan dan kesihatan kerana kita tidak tahu bila kita akan kena. Hargailah diri kita kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangan orang tersayang,” ujar Aiza yang tidak menyangka akan menjadi mangsa terawal dijangkiti virus ini.

Alami simptom sakit tekak

Menceritakan kembali pengalamannya ketika mengalami simptom gejala pertama apabila mengalami sakit tekak dan hilang deria rasa dan bau.

Kemudian terus dimasukkan ke hospital untuk menjalani kuarantin dan Aiza sudah pulih sepenuhnya dan semua bergantung kepada sistem imunisasi badan seseorang.

“Saya tinggal di hospital selama 10 hari. Apabila sudah bebas dari jangkitan kena pula kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa untuk berehat selamat 28 hari.

“Hampir sebulan lebih saya menjalani proses rawatan dan kuarantin,” katanya lagi yang tidak berkesempatan untuk menatap jenazah suaminya yang meninggal disebabkan jangkitan virus ini.

Hanya sempat menziarahi pusara suaminya lepas keluar hospital.

“Sebelum itu doktor ada minta saya buat video call dengan suami dan jika ada apa-apa pesanan terakhir untuk disampaikan kepadanya.

“Saya dapat bercakap kali terakhir dengannya. Dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan minta saya kuat untuk harungi dugaan ini.

“Pesan suami juga suruh saya sabar dan paling terkesan katanya saya adalah wanita terakhir dalam hidupnya,” cerita Aiza lagi yang menganggap apa dilalui ibarat mimpi ngeri.

Elak berada di luar kecuali urusan penting

Rentetan itu, sehingga sekarang dia cuba untuk mengelak berada di tempat terbuka seperti pusat beli belah dan elak bercampur dengan ramai orang.

Sebaliknya memilih kawasan seperti kawasan hutan di Janda Baik untuk bercuti bagi menghilangkan stres.

Aiza juga sebolehnya mengelak untuk berada di luar, kecuali jika ada urusan penting dan melakukan segala urusan yang boleh dilakukan secara online.

“Perkara perkara pertama bekas pesakit covid alami adalah trauma dan fobia. Walaupun sudah disahkan negatif tetapi tidak ada istilah kebal dalam diri.

“Masa mula dijangkiti sakit covid saya memang rasa hidup sudah berakhir dan hanya menunggu saat kematian.

Suami sumber kekuatan untuk mengharungi segala dugaan.

“Tetapi bila doktor sahkan sudah bebas, saya pula rasa Allah beri peluang kedua. Waktu itu saya terfikir apa pula manfaat yang boleh diberi kepada orang di luar sana,” katanya yang sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada orang ramai melalui medium media sosial.

Tambah Aiza lagi ketika menjalani kuarantin di wad, ruang yang ada digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Setiap hari saya bangun jam 3 pagi untuk mendirikan solat tahajud. Mohon doa dan bericara dengan Allah anda ini adalah takdir terakhir untuk hidup.

“Usai solat saya membaca surah Yasin dan alhamdulillah selama 10 hari saya berjaya hafal surah berkenaan dan terus diamalkan hingga ke hari ini. Saya juga turut mengamalkan bacaan ayat Kursi, 3 Qul dan surah At-Taubah.

“Kita tidak tau bila masa Allah nak tarik nyawa kita. Apatah lagi dalam keadaan seperti itu,” ujarnya yang menganggap suami adalah sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Kini banyak membuat kelas baking secara online.

Patuhi SOP ditetapkan

Aiza juga bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Menjadi tanggung jawabnya untuk terus menyebarkan aura positif dan mengingatkan seluruh rakyat Malaysa mematuhi SOP ditetapkan.

“Jaga diri, sentiasa ambil tau tentang tahap kesihatan diri dan sekiranya ada keraguan segera dapatkan rawatan.

“Lagi satu saya nak pesan, jangan kelar rumah jika tiada keperluan mustahan. Duduk rumah jauh lebih selamat kerana kita akan rendahkan risiko jangkitan,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.

Kisah Puan Aiza adalah sebahagian dari dokufilem Malaysia vs Covid 19. Saksikan siaran serentak di saluran Astro Sabtu ini jam 6.00 petang

Artikel berkait:

Buat Sementara Elak Pakai Cincin, Gelang Atau Jam Ketika COVID-19

Orang Yang Dijangkiti Corona Virus Boleh Jadi Tiada Simptom Langsung

Hilang Suami Sekelip Mata, Hidup Aiza Berubah 360 Darjah. Kini Giat ‘Sharing’ Pengalaman Derita COVID-19 Vanilla Kismis.


SUMBER : vanillakismis.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...