EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hilang ingatan akibat kemalangan, isteri ini jatuh cinta buat kali kedua berkat kesungguhan suami

0 month ago, 13-Feb-2020

Pernahkah anda menonton sebuah filem Melayu gandingan dua pelakon hebat negara iaitu Nora Danish dan Adi Putra dalam filem bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'?

Filem ini mengisarkan kehidupan sepasang suami isteri yang bergolak setelah si suami (Adi Putra) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sekali gus menyebabkan dia mengalami hilang ingatan.

Kesungguhan Nora Danish dan ketabahannya dalam melayani kerenah suami yang langsung tidak mengenali isteri sendiri begitu mengagumkan dan menyentuh hati ramai penonton,

Jika anda menyangka kisah sebegini hanya wujud dalam drama, anda sebenarnya salah. Hal ini kerana kisah ini betul-betul terjadi kepada sepasang suami isteri dari Kanada yang jatuh cinta kali kedua dengan individu yang sama meskipun hilang ingatan.

Laura Faganello/Facebook

Menerusi perkongsian di Facebook, Laura Hart Faganello telah menceritakan kisah hidupnya yang hilang ingatan akibat mengalami kecederaan di bahagian otak setelah dihempap sebatang tiang di tempat kerja.

Sebaik sahaja sedar, Laura tidak mampu mengingati apa-apa selain daripada mempercayai dirinya masih di usia 17 tahun.

Bagaimanapun, sebelum kemalangan tersebut berlaku, Laura sedang menjalinkan hubungan bersama teman lelakinya yang bernama Brayden. Selepas kira-kira lapan bulan menjalinkan percintaan, Laura dan Brayden akhirnya mengikat tali perkahwinan pada tahun 2016.

Kedua-dua pasangan ini hidup bahagia sehinggalah tragedi hitam yang menimpa Laura sekali gus membuatkan dirinya langsung tidak mengenali Brayden dan menganggap suaminya itu sebagai orang asing.

Laura Faganello/Facebook

"Ingatan saya selepas sedarkan diri adalah saya merasakan saya baru berusia 17 tahun dan langsung tidak mengenali Brayden. Kenangan kami bertemu, jatuh cinta dan mengahwini Brayden lenyap sepenuhnya".

Namun, Brayden langsung tidak berputus asa. Sebaliknya, dia sentiasa berada di sisi Laura menemani isteri tercinta di kala susah mahupun senang. Ketika proses penyembuhan Laura, dia terpaksa belajar semua cara untuk membaca, menulis dan bercakap.

Semua ini dibantu oleh Brayden yang setia dan berusaha keras untuk memenangi semula hati isterinya. Akan tetapi, sekuat mana pun Laura cuba untuk mengembalikan memorinya tentang Brayden, dia gagal.

Laura Faganello/Facebook

Justeru, Laura dan Brayden kini kembali kepada permulaan perkenalan mereka. Kedua-duanya menjadi rakan dan saling mengenali hati budi.

Mereka meluangkan masa bersama dan peluang ini diberikan kerana Laura terharu melihat kesabaran yang Brayden tunjukkan semasa menjaga Laura.

Laura Faganello/Facebook

Dari situ mulalah timbulnya bibit-bibit percintaan di antara Laura terhadap Brayden. Mencintai seseorang dan merasa dicintai adalah satu perasaan yang amat indah.

Tetapi, jatuh cinta buat kali kedua dengan individu yang sama adalah satu keajaiban yang amat menyentuh hati!

"Brayden menjadi rakan baik dan cinta hati saya. Saya mungkin tidak berjaya mendapatkan semula memori dan perasaan lama saya kepada Brayden tetapi saya menyimpan perasaan dan memori baharu bersamanya".

Laura Faganello/Facebook

Selepas yakin dengan hubungan itu, Brayden kemudiannya sekali lagi mengambil keputusan untuk melamar isterinya buat kali kedua dan ia menjadi satu peristiwa yang amat bermakna buat kedua-dua Laura dan Brayden.

Mungkin inilah yang dikatakan 'Kalau jodoh tak ke mana'. Kisah percintaan di antara Laura dan Brayden sememangnya satu kisah yang amat indah.

Semoga kedua-duanya memperoleh kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Hilang ingatan akibat kemalangan, isteri ini jatuh cinta buat kali kedua berkat kesungguhan suami Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...