EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Dia hilang banyak darah, muka jadi biru' - Budak koma, dubur dimasuki lintah ketika main air banjir

0 month ago, 04-Dec-2019



Di musim banjir ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada semua penduduk yang terbabit terutamanya kanak-kanak agar tidak bermain air banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Semalam, seorang pengguna Facebook, Ermawati Ali, berkongsi mengenai kejadian yang menimpa anak saudaranya yang mengalami kehilangan darah akibat duburnya dimasuki lintah, dalam kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan.

"Mohon doa sahabat semua, anak buah saya Muhammad Hanee Ar Rifa'e bin Mohd Nahsamziha sedang kritikal di ICU sekarang. Masa menunggu untuk operation, banyak kehilangan darah akibat lintah yang masuk melalui punggungnya," tulisnya yang turut memberi peringatan kepada orang ramai agar berjaga-jaga di musim banjir ini. 

Pada hari yang sama, kanak-kanak itu telah selamat menjalani pembedahan dan dipindahkan ke PICU Hospital Kota Bharu. 

"Tadi doktor jahitkan luka kesan dari lintah tu. Kemungkinan ada dua kesan luka sebab tu banyak kehilangan darah sampai muka pun jadi biru. 

"Alhamdulillah keadaan adik Rifae sudah semakin stabil selepas menjalani pembedahan. Luka kesan gigitan itu juga telah selamat dijahit," tulisnya. 

Walaupun tidak diceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, namun ibu bapa diingatkan untuk tidak membiarkan anak-anak bermain di kawasan banjir demi keselamatan. 

: Ermawati Ali

SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...