EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hidupkan Impian Mereka Rashford Mahu Kanak-Kanak Miskin Membaca Dengan Tubuhkan Kelab Buku

0 month ago, 19-Nov-2020

Usaha berterusan Marcus Rashford dalam program pemberian bantuan makanan percuma kepada kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan ternyata merupakan satu pekerjaan murni yang tiada tolok bandingnya.

Namun penyerang Manchester United itu menyedari ianya tidak cukup untuk membantu golongan kanak-kanak berkenaan untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan beliau sedar salah satu cara untuk menanganinya adalah, pendidikan.

Dengan kerjasama syarikat percetakan buku kanak-kanak, Macmillan Childrens Books (MCB), penerima darjah kebesaran Anggota Empayar British (MBE) itu menjalankan projek baharu dengan menubuhkan Kelab Buku Marcus Rashford.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan golongan muda membaca dengan cara memberikan buku percuma kepada kanak-kanak daripada golongan kurang berkemampuan supaya mereka tidak ketinggalan dari segi pelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain.

In May 2021 we will publish YOU ARE A CHAMPION: Unlock Your Potential, Find Your Voice and Be the BEST You Can Be by @MarcusRashford. This book will show young people aged 11-16 how to develop resilience, navigate adversity and discover the unstoppable power of their own voice pic.twitter.com/ql03mcLzSJ

Macmillan Children's Books (@MacmillanKidsUK) November 17, 2020

Bayangkan sekiranya semua kanak-kanak bermain di padang yang sama rata. Bayangkan jika kita kita semua bermula di garisan yang sama dan bukannya 20 ela ke belakang, ujar Rashford dalam ciapannya di Twitter.

Bayangkan kanak-kanak bangun tidur dan percaya yang mimpi mereka boleh menjadi kenyataan. Bayangkan apa yang kepercayaan ini boleh lakukan untuk masa depan negara.

Perjalanan Rashford menjadi salah seorang pemain muda yang berjaya di England pastinya menjadi inspirasi buat kanak-kanak di negara tersebut.

Bermula dari seorang kanak-kanak miskin dari Wythenshawe yang sangat mencintai sukan bola sepak, pada usia 23 tahun beliau kini merupakan pemain penting buat pasukan kelab dan negaranya.

Namun disebalik kejayaan itu, Rashford tidak malu untuk mengakui tentang realiti dirinya bahawa beliau hanya mula membaca ketika sudah berusia 17 tahun dan ianya telah banyak mengubah pandangan dan mentalitinya.

Marcus Rashford launches book club so every child can experience 'escapism' . Hurrah for ?@MarcusRashford
? he is so right every child regardless of sight needs books. Dual print & braille children's books anyone #books #reading #literacy #braille #freelibrary pic.twitter.com/jWhtt0rjS1

ClearVision Project (@ClearVisionOrg) November 19, 2020

Beliau merasa rugi kerana semasa zaman kanak-kanak tidak berpeluang untuk membaca sebanyak mungkin kerana ibunya perlu mengutamakan duit untuk membeli makanan untuk diletakkan di atas meja dan bukannya buku.

Maka Rashford tidak mahu keperitan yang dilaluinya semasa kecil turut dirasai oleh kanak-kanak lain dengan menjalankan satu program yang akan memberi peluang dan ruang untuk mereka mendapat sebanyak mungkin pendidikan di peringkat awal.

Berikan anak-anak kita peluang untuk membaca supaya mereka sedar yang mereka tidak keseorangan, supaya mereka boleh memasang impian. Lengkapkan diri mereka untuk menghadapi rintangan dan kesulitan yang mungkin mereka hadapi [pada masa akan datang].

Ada masa-masa di mana eskapisme membaca ini benar-benar membantu saya, jadi saya mahu eskapisme ini membantu semua kanak-kanak, bukan hanya mereka yang mampu sahaja.

Eskapisme bermaksud tindakan atau kecenderungan melarikan diri daripada masalah yang dihadapi dengan menumpukan fikiran kepada sesuatu perkara lain sebagai langkah untuk mencari ketenangan.

Marcus Rashford has launched a book club to promote reading and literacy among children from all socio-economic backgrounds, so 'every child' can experience 'escapism' ????

What a guy! A non-fiction illustrated title will be published in May 2021, with more to follow! ???? pic.twitter.com/uO85GrBCvY

Stretford Paddock (@StretfordPaddck) November 17, 2020

Kita tahu di luar sana lebih 400,000 kanak-kanak di seluruh UK pada hari ini tidak pernah memiliki buku mereka sendiri, kerana berada dalam persekitaran yang tidak terkawal, jadi ia perlu diubah.

Di bawah kelab buku tersebut, penulis-penulis muda, pelukis dan pereka grafik akan ditawarkan platform untuk menyerlahkan bakat mereka.

Buku-buku ini adalah untuk diberikan semua kanak-kanak sekalipun jika saya perlu sampaikan sendiri kepada mereka, kita akan cari mereka, katanya lagi.

Tidak kira di mana kamu membesar, mereka yang berbakat seharusnya diiktiraf dan menjadi juara.

Usaha Marcus Rashford ini ternyata bertepatan dengan seruan agama yang mewajibkan setiap manusia agar menuntut ilmu dan salah satu jalannya adalah memperbanyakkan membaca buku.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa yang menempuh jalan dalam menuntut ilmu maka Allah akan permudahkan ia jalan menuju ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisiNya. (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Marcus Rashford:

Marcus Rashford Terima Anugerah Diraja Atas Jasa Bantu Kanak-Kanak Memerlukan

Rashford Bakal Terima Anugerah Doktor Kehormat Universiti Manchester

Marcus Rashford Kini Jadi Pujian Ramai Orang



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...