EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Hidup berjauhan, suami pulang lepas rindu tapi pergi ketika tidur disisi isteri

0 month ago, 11-Sep-2019

Setiap yang hidup pasti merasai kematian. Mereka yang masih hidup hendaklah redha dan pasrah dengan ketentuan jika berhadapan dengan pemergiaan orang yang disayangi.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rosheila, dia telah membuat satu nukilan panjang menceritakan perihal suaminya yang baru sahaja meninggal dunia.

Menurutnya, sepanjang mereka berkenalan dari tahun 2009, berkahwin pada 2015 dan sehingga kini, mereka tidak pernah tinggal di suatu tempat yang sama.

Namun, apabila suaminya pulang selepas menjalinkan hubungan jarak jauh atas urusan kerja, lelaki itu pula dijemput Illahi.

Rosheila telah menceritakan detik-detik bagaimana suaminya tiba-tiba mengalami sesak nafas dan menyebabkan dia panik kerana suaminya sebelum ini sihat serta melayannya seperti biasa. Suami Rosheila telah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Saratok.

Walau bagaimanapun, tuhan lebih menyayangi suaminya. Dia telah dilaporkan meninggal dunia dan hal tersebut disampaikan oleh bapa mertuanya sendiri selepas Rosheila pergi ke tandas bagi mengambil wuduk untuk menenangkan kegusarannya.

Walaupun sedar bahawa cinta dan sayang terhadap suami masih menebal, wanita itu telah pun redha atas pemergian insan yang amat dicintainya.

Selepas beberapa hari perasaan sedih menyelubungi diri, pada hari ke-10 pemergiaan arwah, dia mulai sedar bahawa setiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia.

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh wanita tersebut telah mendapat pebagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata berasa sayu dan simpati atas pemergiaan suaminya.

Mereka turut mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan Rosheila terus bersabar atas dugaan Allah S.W.T ini.

: Riko Minoru Nama Kami

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com