EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Hidap tekanan mental teruk, Kang Daniel umum berehat dari industri K-pop seketika

0 month ago, 04-Dec-2019

Bekas anggota kumpulan idol Wanna One Kang Daniel, mengejutkan peminatnya dan idustri K-pop dengan mengumumkan bahawa dirinya akan berehat buat sementara (hiatus) dari sebarang aktiviti hiburan.

Kabar angin mulai tersebar apabila Kang Daniel membatalkan rakamannya dengan sebuah rancangan musik, disebabkan oleh kesihatan mentalnya semakin merosot. Malah, perkara ini telah disahkan sendiri oleh agensi naungannya iaitu KONNECT Entertaiment.

Turut juga dikhabarkan bahawa, Kang Daniel telah memuat naik satu kata-kata yang agak menyedihkan di laman Fancafe miliknya. Ayat yang ditulis Kang Daniel tersebut, dipercayai kekecewaannya terhadap haters yang sering memburukkan dirinya.

Bertambah mengejutkan, Kang Daniel sebenarnya telah disahkan menghidapi tekanan yang amat teruk sejak awal tahun 2019 lalu. Diantara penyebabnya adalah kes mahkamah dan saman-menyaman terhadap bekas majikannya iaitu LM Entertaiment.

Segala aktiviti dan kerjasama yang melibatkan Kang Daniel, terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Agensinya juga memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan berharap agar para peminat akan sentiasa menyokong kerjaya Kang Daniel.

Beberapa bulan lalu, Kang Daniel juga telah mengejutkan industri K-pop dengan mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hangat bercinta, dengan salah seorang ahli kumpulan Twice iaitu Jihyo.

: Allkpop.


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...