EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Herold Goulon Mahu Jadi Sekukuh Damion Stewart, Buru Kejuaraan Bersama Pahang FA

8 month ago, 11-Feb-2019

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh menganggap pertahanan import, Herold Goulon sebagai pemain istimewa sejurus tamat perlawanan kedua unifi Liga Super Malaysia (MSL) 2019 tempohari.

Dalam perlawanan tersebut, Pahang meraih kemenangan kedua liga dan telah berjaya mengejutkan naib johan Piala Malaysia 2018, Terengganu FC di laman sendiri dengan kemenangan selesa, 3-0.

Gol sulung

Goulon turut berjaya menyumbang satu gol buat Tok Gajah menerusi tandukkan padu yang turut Semuanya BOLA senaraikan antara 5 jaringan tercantik untuk minggu kedua MSL 2019.

Pertahanan import berusia 31 tahun itu jelas gembira apabila berjaya membantu Pahang meraih 3 mata di Darul Makmur.

51? | GOL HEROLD GOULON!

Tok Gajah menambah jaringan kedua menerusi tandukan pemain pertahanan Herold Goulon hasil sepakan penjuru Saddil Ramdani!@OfficialPahang 2-0 @FCTerengganu #PHGTER#MFLLive#unifiLigaSuper19 pic.twitter.com/ZX1ebljKTU

MFL LIVE (@MFL_Live) February 9, 2019

Saya gembira apabila dapat menjaringkan satu gol selain memastikan jentera pertahanan dapat mengekang asakan lawan untuk memastikan kejayaan buat pasukan.

Kelebihan utama

Pemain kelahiran Perancis ini memiliki kelebihan ketinggian mencapai 1.95 meter dan juga mampu beraksi di dua posisi iaitu pertahanan tengah serta bahagian tengah bertahan.

Kelebihan ini (ketinggian) akan digunakan sepenuhnya terutama apabila Pahang mendapat sepakan sudut,ujarnya yang dipetik daripada akhbar tempatan,Berita Harian.

Aksi Damion Stewart (berjersi kuning) bersama Pahang. (Kredit: Sinar Harian)

Penyokong Pahang berpuas hati dengan impaknya yang menyifatkan Goulan ialah seorang pemain dengan kelebihan fizikal yang baik, tenang mengawal benteng, dan malah ada yang membandingkannya dengan Damion Stewart.

Namun, Goulon yang turut pernah dibandingkan dengan legenda Arsenal, Patrick Vieira ketika di awal kariernya itu menjelaskan yang dia sejujurnya tidak mengenali pemain tersebut.

Mahu raih kejuaraan

Walaubagaimanapun, Goulon mengharapkan akan dapat memberikan aksi sebaik Damion Stewart pada musim pertamanya di Liga Malaysia dan membantu Tok Gajah meraih kejuaraan pada musim ini.

Saya juga harap dapat mencapai misi pasukan untuk meraih kejuaraan musim ini termasuk Liga Super, ujarnya.

Herold Goulon, Dollah Salleh

Pertahanan Pahang, Herold Goulon meraikan gol pertamanya untuk Pahang. (Foto: Pahang FA)

Selain Goulon, gol Pahang dalam perlawanan tersebut juga disumbang oleh penyerang sensasi, Dickson Nwakaeme dan penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Ketika ini, selepas melalui dua perlawanan, Pahang berada di puncak liga dengan enam mata, berkongsi kedudukan bersama Johor Darul Tazim (JDT) dan Melaka United.

Pahang akan membuat perhitungan bersama pesaing kedudukan teratas liga, Melaka United pada Sabtu ini di laman lawan.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...