www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Heret bekas suami ke mahkamah kalau gagal tunai nafkah anak Rita Rudaini

0 month ago, 09-Nov-2018


Hasrat kerajaan yang ingin mengenakansekatan bank terhadap suami yang gagal memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian, telah disambut baik oleh pelakon Rita Rudaini.

Aktres Rita Rudaini pernah menfailkan tuntutan nafkah bagi dua orang anaknya yang tidak dibayar bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak. Dalam muat naik pelakon itu di Instagram, dia menulis kapsyen.

Kenyataan daripada Rita Rudaini itu telah disokong oleh netizen, yang menyifatkan bekas suami yang gagal membayar nafkah anak harus diheret di muka pengadilan, agar nafkah anak-anak terbela. Ada juga yang berkongsi melalui pengalaman yang sama seperti Rita Rudaini.

Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan pelakon itu. Dalam pada itu, ada seorang pengguna Instagram dengan akaun Monyet Gayut telah menulis komen dengan nada sinis yang menyuruh netizen supaya tidak melihat pada salah bekas suami sahaja.

Sebenarnya, walaupun pasangan suami isteri telah bercerai, bekas suami seharusnya wajib memberi nafkah kepada anak-anak. Janganlah dibiarkan si ibu terkapai-kapai membesarkan anak sendirian walaupun mereka telah bercerai.

: IG Rita Rudaini


SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts