EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Henry Golding Bawa Watak Homoseksual Dalam Filem Terbaru

0 month ago, 23-Mar-2020

Sudah ada beberapa filem yang dibintanginya dan dia juga pernah dijemput muncul dalam rancangan bual bicara popular seperti Ellen, The Tonight Show dan The Late Night Show atas kejayaan filem Crazy Rich Asian. Hujung minggu lalu Henry membuat ramai terkejut dengan klip trailer filem baharunya Monsoon dimana dia memegang watak utama sebagai lelaki homoseksual berdarah kacuk British-Vietnam.

Pelbagai cerita yang muncul di media sosial semasa MRO ini, maklumlah masing-masing terikat dengan telefon dan komputer dirumah, banyak masa yang ada untuk membaca artikel dan sebagainya, kami di EH! pun turut sama ketagih membelek akaun instagram dan artikel-artikel di telefon dan komputer riba dan kami terlintas akan artikel di Variety.com yang menampilkan Henry Golding sebagai watak utama dalam filem baharu Monsoon, lebih istimewa kali ini dia melakonkan watak homoseksual! Kami yakin filem ini bakal jadi hit berdasarkan kritikan pakar filem. Pastinya filem ini bakal menjadi penyambung kejayaan lelaki campuran Sarawak-Inggeris ini selepas filem Last Christmas dan The Gentleman.

Saksikan video trailer Monsoon

Pertama ditayangkan di Karlovy Vary Internation Film Festival Jun tahun lepas, filem british Monsson ditulis dan diarah oleh Hong Khaou yang membawa tema sensitive portrait of cultural displacement. Filem ini menampikan Kit yang dilakonkan oleh Henry merupakan seorang lelaki berdarah British-Vietnam yang pulang ke Saigon buat kali pertama selapas 30 tahun, selepas melarikan diri dari perang Vietnam-American bersama keluarga menaiki bot pelarian.

Membiasakan dirinya dengan kota yang sudah lama ditinggalkan dia memulakan perjalanannya di kota ini dan membuka peluang untuk temui sahabat, cinta dan kebahagiaan, sepanjang perjalannya dia temui memori bersama keluarganya semasa dia dibesarkan di kota itu.Filem ini juga turut dibintangi oleh Parker Sawyers sebagai Lewis, Davis Tran sebagai Lee dan Molly Harris sebagai Linh.


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...