EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hebat Gadis Sindrom Down Model Untuk Jenama Gucci

0 month ago, 30-Jun-2020

Ellie Goldstein, seorang gadis yang mempunyai Down Syndrome berasal daripada Ilford, Essex di England. Gadis berumur 18 tahun ini telah menempa nama di dalam bidang pengiklanan setelah kejayaannya sebagai seorang model.

Foto Arkib Wanista

Menandatangani kontrak bersama Zebedee Management sejak tiga tahun yang lalu, iaitu sebuah agensi yang hanya mewakili orang kurang upaya telah menjadikan nama Ellie, rebutan antara syarikat-syarikat ternama.

Perwatakan Ellie yang mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan telah mendorong Gucci untuk mengambil Ellie sebagai model bagi memperagakan produknya. Hasil posting gambar Ellie memperagakan Mascara LObscur di Instagram telah disukai ramai melebihi 800,00 likes.

View this post on Instagram

In occasion of the #PhotoVogueFestival held in November 2019, @guccibeauty and @vogueitalia launched an Instagram scouting project. As a result, photographer @davidpdhyde captures Ellie @elliejg16_zebedeemodel and Kadri Vahersalu @kadri_vahersalu for a special editorial featuring the buildable Gucci Mascara LObscur. The portfolio is inspired by Creative Director @alessandro_micheles words: I designed LObscur mascara for an authentic person who uses makeup to tell their story of freedom, in their way. #AlessandroMichele #GucciBeauty

A post shared by Gucci (@gucci) on

Ellie berkata, Saya amat meminati bidang permodelan dan saya suka memakai gaun Gucci. Saya sangat bangga ketika sesi penggambaran dan ingin menjadi terkenal. Beliau juga berharap untuk menceburi bidang permodelan bersama jenama-jenama besar yang lain.

Foto Zebedee Management

Disamping menceburi bidang ini, Ellie melanjutkan pengajiannya di Redbridge, Essex dalam kursus seni persembahan. Ellie turut bekerja di syarikat Superdrug iaitu sebuah syarikat peruncitan yang menjual barangan kesihatan dan kecantikan di United Kingdom serta London Film Festival.

Foto Splash News

Ibu kepada Ellie, Yvonne berkata, Ellie sangat meminati persembahan dan mula menghadiri kelas drama dan menari sejak berumur 5 tahun. Kami sangat berbangga akan kejayaan Ellie setelah melihat pelbagai komen di Instagram Gucci.

Foto Zebedee Management

Sebelum mengadakan kempen bersama dengan Gucci, Ellie telah muncul dalam beberapa kempen seperti iklan Superdrugs 2018 Christmas, Nike dan Vodafone.

Laura Johnson daripada Zebedee Management berkata, Ellie merupakan seorang gadis yang luar biasa. Beliau mampu membangkitkan suasana di set dan sangat professional. Kami berharap jenama-jenama besar dapat melihat bakat mereka tanpa meletakkan apa-apa jurang.

Foto Arkib Wanista

Perwatakan Ellie yang ceria, fasih dalam berbahasa Inggeris dan mempunyai memori yang kuat dalam mengingati skrip telah mendorong dirinya sehingga hari ini.

Good for you, Ellie. Semoga kisah Ellie memberi inspirasi kepada kita semua.

RUJUKAN :1, 2, 3

Hebat Gadis Sindrom Down Model Untuk Jenama Gucci Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)

SUMBER : rencahrasa.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...