EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Awak Hebat, 14 Jam Brtarung Nyawa.. Falyq Hikyle & Isteri Timang Bayi Perempuan

0 month ago, 12-Sep-2020

Penyampai radio Zayan, Falyq Hikyle mengumumkan isterinya Siti Nabilla Abu Raihan telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka awal pagi tadi.

Menerusi laman sosial Instagram, Falyq berkongsi berita gembira itu untuk tatapan umum.

Allahuakbar, subhanallah, alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal sebentar tadi, Sabtu 12/9/2020, 2.10 pagi, ujar Falyq menerusi ruangan kapsyen.

Malah, Falyq turut mengambil kesempatan memberikan ucapan penghargaan kepada isterinya kerana 14 jam bertarung nyawa di dalam bilik bersalin.

Terima kasih sayang, awak memang hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam labour room untuk melahirkan zuriat kita. Power gila.

Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala dan Baby S. Semoga doa yang baik-baik itu kembalilah kepada anda semula, amin, ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada Falyq dan isteri.

Alhamdulillah tahniah ayah. Semoga anak sihat dan membesar menjadi anak yang solehah, tulis Radin Era.

Alhamdulillah baby girl cucu opah, ujar Zarina Zainuddin.

Alhamdulillah tahniah bro. Semoga sihat semuanya isteri dan baby. Moga jadi zuriat yang soleh. Bola turun eh macam biasa, usik Fakhrul UNIC.

Alhamdulillah tahniah Falyq dan Lala, komen Sari Yanti.

Selamat datang ke kelab jangan harap nak tidur bro! Hahaha tahniah Falyq dan Lala, kata Haziq Hot FM.

Sekadar info, Falyq dan Nabilla berkahwin pada 14 Disember 2019 dalam sebuah majlis yang diadakan di Evolve Concept Mall Ara Damansara, Selangor.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Jun 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: GEMPAK


SUMBER : tehtarikkaw.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...