EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hazard Catat Statistik Mengejutkan, Zidane Anggap Mereka Pasukan Berhak Menang

0 month ago, 22-Nov-2020

Juara bertahan, Real Madrid hanya sekadar seri dengan Villarreal walaupun mendahului perlawanan ini seawal minit kedua.

Zinedine Zidane menyatakan beliau kecewa dan kesal kerana menurutnya, Real Madrid berhak mendapat keputusan yang lebih baik.

Zidane menganggap pasukannya adalah pasukan lebih baik dalam aksi di markas Villarreal, walaupun statistik menyatakan sebalknya:

blank

Menghadapi Villarreal, Zidane kehilangan tujuh pemain utamanya. Antaranya ialah Sergio Ramos, Karim Benzema dan Casemiro.

Real Madrid beraksi baik pada separuh masa pertama, namun mereka agak longgar pada separuh masa kedua.

Courtois malah memberikan penalti kepada lawan dengan mengasri Chukwueze. Gerard Moreno tenang menyempurnakan penalti tersebut untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Dengan keputusan ini, ini bermakna Madrid tidak menang dalam dua perlawanan terakhir mereka di La Liga. Madrid tewas 1-4 kepada Valencia dalam perlawanan sebelum rehat antarabangsa.

Zidane berkata:

Kami layak mendapat lebih dari prestasi hari ini, terutama pada babak pertama. Saya kecewa kerana anak-anak buah saya telah bekerja keras.

Kami kehilangan dua mata. Kami harus memuji pemain, mereka melakukannya dengan baik, kami mengawal permainan dan dalam satu gerakan mereka menyamakan kedudukan.

Itu boleh berlaku dalam bola sepak. Hari ini kami berpeluang mendapatkan tiga mata dan ini agak memalukan.

Seterusnya prestasi bintang 130 juta mereka, Eden Hazard juga menjadi perhatian.

Perkara terbaik dilakukan Hazard adalah mematahkan kaki pertahanan dengan gelecekan ini:

Eden Hazard ???? tricky little Belgian pic.twitter.com/tfotfDnPpz

Adam (@CFCMethod) November 21, 2020

Namun statistik beliau sangat mengecewakan dalam perlawanan ini. Hazard gagal mencatatkan sebarang percubaan ke arah gol dan juga hantaran bahaya.

Eden Hazard today:
0?? Shots
0?? Key Passes
0?? Crosses
1?? Offside pic.twitter.com/31PfqtLTn3

Goal (@goal) November 21, 2020

Eden Hazard baru sahaja kembali daripada kecederaan dan koronavirus. Dan beliau masih lagi bergelut untuk memenuhi harga yang dibayar Real Madrid untuk mendapatkannya.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...