EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Hayati Perjuangan Lestarikan Itqan Al-Muluk Bita'dil As-Suluk

0 month ago, 01-Dec-2019



KUALA TERENGGANU, 1 Disember- Program Kembara Melestarikan Itqan Al-Muluk bita'dil as-Suluk (KALIMAT) mengingatkan umat Islam di Terengganu khususnya tentang sejarah perundangan dan perjuangan Islam oleh umara dan ulama dalam melestarikan Itqan Al-Muluk bita'dil as-Suluk di negeri ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali berkata, Negeri Terengganu memiliki satu perlembagaan negeri yang mendaulatkan Islam yang dinamakan Itqan Al-Muluk bita'dil as-Suluk yang bermaksud 'kesungguhan raja-raja dengan pemerintahan yang adil'.

"Menurut sejarah, 108 tahun yang lalu pihak British telah datang ke negeri ini cuba untuk mencampuri urusan pentadbiran hal ehwal Negeri Terengganu. Namun, sultan bersama-sama para pembesar telah menggubal sebuah perlembagaan bagi mempertahankan kedaulatan agama Islam di negeri ini dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri.

"Disebalik penggubalan perlembagaan Itqan Al-Muluk bita'dil as-Suluk, ia memperlihatkan gabungan yang erat antara golongan umara dan ulama di negeri ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kembara Melestarikan Itqan Al-Muluk bita'dil as-Suluk (KALIMAT di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ridzuan Hashim dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Syamrahayu Ab. Aziz.

Menurut beliau, gandingan antara umara yang mempunyai kuasa pemerintahan, dan ulama pula mempunyai kekuatan pengetahuan keagamaan merupakan gandingan yang mantap dalam menjadikan sesebuah negeri itu aman dan damai.

"Sejarah telah merakamkan kehebatan dan kebijaksanaan umara dan ulama bagi memastikan kesejahteraan negeri ini daripada dijajah oleh Barat.

"Walaupun penjajahan secara langsung telah tiada, namun kita perlu peka dengan ideologi ciptaan barat yang telah menjajah akal fikiran umat Islam dengan pelbagai cara untuk merosakan akidah,"ujarnya.


SUMBER : 1media.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...