EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

EPL: Hatrik Mo Salah Selamatkan 3 Mata Liverpool, VVD Buat Kelakar

0 month ago, 13-Sep-2020

Liverpool dan Leeds bertemu pada hari pertama EPL 2020/21. Kedua dua pasukan turun dengan status juara liga di dua divisyen utama musim lalu.

Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi Mohamed Salah. Ianya selepas The Reds diberikan sepakan penalti.

Gol yang menjadikan Salah sebagai pemain yang sudah menjaringkan gol dalam 4 perlawanan pembukaan EPL.

2017 ?
2018 ?
2019 ?
2020 ?@MoSalah has netted for the FOURTH consecutive opening game ?? pic.twitter.com/6yAN4riwmb

Liverpool FC (@LFC) September 12, 2020

Pada minit ke-15, Sadio Mane hampir menambah gol menerusi rembatan dari jauh menewaskan penjaga gol yang keluar daripada kawasannya. Namun gol itu dibatalkan kerana binaanya daripada posisi ofsaid.

Kemudian, Leeds United memberikan masalah kepada Liverpool selepas itu. Mereka akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Jack Harrison yang melakukan cut inside cantik mengatasi Gomez dan merembat masuk.

Satu binaan gol yang menarik daripada belakang.

Estar perdiendo el Leeds en Anfield, pero este golazo de Jack Harrison, en el 1-1, deja a las claras que sigue siendo ese equipo con tanta personalidad en la Championship.

Tremendo Jack Harrison. pic.twitter.com/0sZizy9HAq

Luis Calabor Nez (@LuigiFT_) September 12, 2020

What a day for Jack Harrison. 23-year old Englishman ditched Manchester United academy for a Massachusetts Prep School to gain an education, played for Manhattan Soccer Club, Wake Forest and NYCFC on way to Leeds. Today he makes Premier League debut. Unorthodox path to Glory ???????????????????????????????????? pic.twitter.com/41zUntdfNr

roger bennett (@rogbennett) September 12, 2020

Tidak lama selepas itu Liverpool di hadapan sekali lagi. Kali ini menerusi Virgil Van Dijk yang menanduk masuk hantaran Andy Robertson daripada situasi sepakan penjuru pada minit ke-19.

Leeds United melakukan kawalan yang lemah ke atas para pemain Liverpool.

Van Dijk tidak mempersia siakan peluang seperti itu untuk kembali meletakkan pasukannya di hadapan.

Van Dijk goal vs Leeds (2-1) #LIVLEE

pic.twitter.com/P72PRaGwTv

Football Goals (@FootballGoalss_) September 12, 2020

Namun selepas itu Van Dijk terlalu kasual dan membawa padah. Dia tidak melakukan clearance yang bagus dan memberikan bola kepada lawan.

Ini adalah rekod yang tidak begitu bagus untuk Van Dijk.

2 Virgil van Dijk has made two errors leading directly to a goal in his last four Premier League games, more than he registered in his first 154 appearances in the competition (1). Lapse. pic.twitter.com/4F1RSdEw2Y

OptaJoe (@OptaJoe) September 12, 2020

Bamford yang sebelum itu gagal menewaskan Alisson daripada situasi satu lawan satu, kali ini dengan tenang menyumbat masuk gol.

Goal Leeds United! Bamford scores after a Van Dijk error. Poor Defending by Liverpool #LIVLEE #LUFC
pic.twitter.com/kj0bTx1ugM

FTTV World (@FTTV10) September 12, 2020

Sekali lagi Liverpool meletakkan diri mereka di hadapan. Kali ini menerusi wonderstrike oleh Mo Salah yang menewakan penjaga gol lawan.

Salah with a stunner.???? pic.twitter.com/IJaUhXyIy8

Kloppholic (@Kloppholic) September 12, 2020

Separuh masa pertama berakhir dengan 3-2. Lima gol terhasil daripada kedua dua pasukan.

Ini adalah perlawanan yang mendebarkan.

Bersambung babak kedua, Liverpool memiliki beberapa peluang gol namun dipersiakan.

Trent Alexander Arnold hampir tercatat sebagai penjaring gol sendiri. Mujur bendera ofsaid menyelamatkan beliau.

Pada minit ke-65, Leeds menyamakan kedudukan buat kali ketiga. Kali ini menerusi Klich yang mengawal bola dengan sangat tenang dalam kotak penalti dan mengawal ketepatan rembatannya menewaskan Alisson.

GOAL! Klich scores for Leeds United. Fantastic finish #LIVLEE #LUFC
pic.twitter.com/RirjFivRwe

FTTV World (@FTTV10) September 12, 2020

Leeds menjadi pasukan baru naik pangkat pertama skor 3 gol di tempat lawan berhadapan dengan juara bertahan sejak Hull City pada 2008.

3 Leeds are the first promoted side to score 3+ goals away at the reigning champions in the Premier League since Hull lost 3-4 vs Man Utd in November 2008. Fearless. pic.twitter.com/6LRwOeRYui

OptaJoe (@OptaJoe) September 12, 2020

Kavin Phillips memiliki peluang untuk menjaringkan gol. Sepakan percuma yang beliau ambil sedikit tersasar.

Klich melakukan hadangan kelas dunia ketika menafikan percubaan oleh Wijnaldum.

Van Dijk kemudian kecewa golnya dibatalkan kerana terlebih dahulu Curtis Jones melakukan kekasaran.

Roberto Firmino memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-85 namun beliau gagal melakukan percubaan jarak dekat.

Tetapi Liverpool kemudian diberikan penalti sekali lagi selepas Rodrigo menjatuhkan Fabinho.

Mohamed Salah sekali lagi tenang menjadi pelaksana penalti pasukannya.

Mo Salah. Hat-trick. ? pic.twitter.com/hk4dH2a8OF

B/R Football (@brfootball) September 12, 2020

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-3 Liverpool dalam aksi yang sangat mendebarkan.

Selamat kembali ke EPL Leeds. What A Game!


SUMBER : axello.net

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...