EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Hatrik McKennie bantu AS benam Cuba

0 month ago, 12-Oct-2019

PENYERANG Amerika Syarikat (AS), Weston McKennie menjaringkan hatrik paling pantas dalam sejarah bola sepak AS ketika membelasah Cuba, 7-0 pada perlawanan Liga Negara-Negara di Washington DC, pagi ini.

Penyerang kelab Schalke 04 menyumbat gol pertama selepas hanya 30 saat permainan, menjaringkan gol kedua empat minit kemudian dan melengkapkan hatrik 13 minit permainan.

Pasukan Amerika Syarikat di depan 6-0 pada separuh masa pertama, dengan Jordan Morris menyamai rekod kebangsaan dengan tiga gerakan membantu menghasilkan jaringan.

Morris dan Joshua Sargent turut menjaringkan gol dan Dario Ramos turut mencetak nama sebagai penjaring.

Kedua-dua McKennie dan Morris digantikan pada waktu rehat namun kapten Christian Pulisic menjaringkan gol ketujuh dari kawasan penalti selepas 62 minit permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 1:00 PM


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...