EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Curi Hasil Karya Tanpa Izin, Amy Search Tak Halal Dunia Akhirat

0 month ago, 25-Aug-2021

Lagenda rock tanah air, Amy Search tampil mengkritik sikap sesetengah individu yang telah menggunakan hasil karya seninya tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Advertisement

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, perkara seperti itu bukanlah sesuatu yang baru sepanjang dirinya bergelar anak seni namun dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Tambah Amy, individu ini telah mengaut keuntungan dengan menciplak dan mencuri karya-karya tanpa memikirkan soal keberkatan rezeki yang mereka perolehi.

Dia dalam pada itu memberitahu bahawa tidak kisah jika peminat ingin menyanyikan semula dengan tujuan untuk berhibur namun tidak boleh mencuri karya dan memperoleh untung daripada aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

Advertisement

Kau nak cover ke apa ke, terpulang. Yang itu saya hargai. Ini suka-suka hati compile (gabungkan) semua lagu-lagu, lepas tu siap jual dalam bentuk cakera padat (CD) tanpa minta izin, bagus ke semua tu. Bukan setakat CD, ada yang muat naik lagu berpuluh-puluh dalam YouTube dan gunakan ia untuk promosi barang pun ada.

Terdahulu, Amy yang juga bapa kepada pelakon Nabila Huda itu memuat naik sebuah hantaran di Facebook miliknya yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila karyanya kerap dicuri.

Penyanyi lagu popular Isabella ini juga berkata bahawa dia tidak akan menghalalkan hasil-hasil kerja yang dicuri sama ada di dunia ataupun akhirat.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Curi Hasil Karya Tanpa Izin, Amy Search Tak Halal Dunia Akhirat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...