EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Harry Kane tersisih sehingga April

0 month ago, 10-Jan-2020

HARRY Kane dijangka diketepikan sehingga April ini selepas Tottenham mendedahkan bahawa kapten England berkenaan perlu menjalani pembedahan kecederaan tendon di hamsting kirinya.

Kane mengalami kecederaan ketika melakukan rembatan semasa kekalahan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris di Southampton pada Hari Tahun Baharu dan terpaksa meninggalkan St Mary dengan menggunakan tongkat.

Berikutan pemeriksaan berterusan dalam beberapa minggu ini oleh kakitangan perubatan kami, kami mengesahkan bahawa Harry Kane akan menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan tendon pada hamsting kirinya, menurut kenyataan Tottenham.

Keputusan untuk menjalani pembedahan tidak dijangka akan memberi kesan jangka masa bahawa kapten England akan diketepikan, dengan jangkaan dia akan kembali menjalani latihan pada April.

Kane menjaringkan 27 gol dalam 31 penampilan buat kelab dan negara pada musim ini.

Ketiadaannya memberi kesan besar kepada Tottenham, yang berharap penjaring prolifik mereka itu akan kembali pada penghujung Februari.

Tottenham berada dalam prestasi terumbang ambing kini di bawah bimbingan Jose Mourinho yang dilantik pada November, menang hanya satu perlawanan dalam lima perlawanan terakhir mereka pada semua kejohanan.

Menduduki tangga keenam dalam carta Liga Perdana, enam mata di belakang pasukan di tempat keempat Chelsea, menjelang pertembungan Spurs yang menerima kunjungan pendahulu liga, Liverpool hujung minggu ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...