EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Harry-Meghan enggan pindah ke AS jika...

0 month ago, 13-Jan-2020

London: Harry dan Meghan dikhabarkan bercadang untuk menetap di Amerika Syarikat (AS) namun, hanya akan berbuat demikian sekiranya Donald Trump tidak lagi menjadi Presiden.

Daily Mail melaporkan, pasangan berkenaan bercadang menetap sementara waktu di Kanada tetapi impian sebenar mereka adalah untuk memiliki kediaman dan perniagaan di Los Angeles.

Meghan juga sebelum ini lantang mengkritik Trump dan menegaskan untuk tidak berpindah ke negara berkenaan sekiranya Trump masih berkuasa.

Pasangan berkenaan juga dikatakan mahu memiliki rumah kedua di Kanada.

pada 2016, sebelum bertemu Harry, Meghan pernah menggelar Trump sebagai pemecah belah dan prejudis terhadap wanita.

Dia kemudiannya mengundi Hillary Clinton dan mengugut untuk berpindah ke Kanada sekiranya Trump memenangi pilihan raya berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 8:57 PM


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...