EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Harimau Selatan baham Hawks di Cheras, Tambadau rai kejuaraan bersama penyokong di Likas

0 month ago, 13-Jul-2019

JUARA Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT) meneruskan rentak kemenangan setelah menang bergaya 4-0 ke atas pasukan tercorot, Kuala Lumpur pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam ini sekaligus kemenangan ke-16 daripada 20 perlawanan itu menyaksikan Harimau Selatan meraih 52 mata.

Kekalahan tersebut menyaksikan Kuala Lumpur hampir pasti tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan setelah menduduki tangga tercorot daripada 12 pasukan dengan kutipan 14 mata daripada 21 perlawanan.

Pada aksi di Cheras, JDT meraih jaringan menerusi Gonzalo Cabrera pada minit ke-14, Diogo Luis Santo (28 dan 70) dan Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-61 bagi kemenangan selesa ke atas The Hawks berkenaan.

Dalam pada itu, Kedah memintas kedudukan Melaka United di tangga ketiga selepas menewaskan Perak, 4-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Empat gol skuad Lang Merah dijaringkan oleh N Thanabalan pada minit ke-39, Renan Da Silva Alves (45) dan Fernando Rodrigues pada minit ke-88 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Dua gol pelawat disumbangkan oleh kapten pasukan, Shahrul Mohd Saad pada minit ke-29 dan Ronaldo Henrique Silva pada minit ke-78.

Selangor turut naik satu anak tangga ke kedudukan keempat carta Liga Super selepas menundukkan Petaling Jaya City FC 3-0 di Stadium Shah Alam, hasil jaringan Endrick dos Santos Parafita pada minit ke-42, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (55), dan Ifedayo Olusegun pada minit ke-60.

Dalam pada itu, PKNP FC dan Felda United berkongsi satu mata setelah seri 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung dengan S Chanturu meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-52, sebelum Yashir Pinto menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit ke-80.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama pemain Sabah bersorak kegembiraan meraikan kejayaan mereka pada Majlis Penyampaian Piala Liga Premier di Stadium Likas malam tadi.

Sementara itu, juara Liga Premier, Sabah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot, Kelantan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hasil jaringan pemain import dari Turkmenistan, Ahmet Atayew pada minit ke-57 sekaligus kemenangan ke-13 itu menyaksikan skuad Tambadau mengutip 43 mata selepas beraksi 19 perlawanan.

Susulan kekalahan berkenaan, Kelantan sah mengiringi Sarawak tersingkir ke saingan Liga M3 musim depan setelah menduduki dua tangga tercorot carta Liga Premier, walaupun masing-masing masih mempunyai baki dua dan tiga perlawanan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali mencerahkan peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan setelah bangkit untuk menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Tiga gol The Cops disumbangkan oleh Uche Agba pada minit ke-34, selain dua gol Lee Chang Hoon(83 dan 90′) manakala Negeri Sembilan meraih jaringan menerusi gol sendiri Uche Agba pada minit ke-30 dan Dzulfahmi Abdul Hadi pada minit ke-68.

Terdahulu, Selangor United kembali menghidupkan peluang keluar daripada zon penyingkiran setelah membenam Terengganu FC II (TFC II) 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada petang tadi.

Tiga gol tuan rumah dijaringkan oleh Danko Kovacevic pada minit ke-41, serta dua gol Hwang Sin-young (60 dan 80′) manakala gol tunggal TFC II dihasilkan oleh Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit ke-53.

Harimau Selatan baham Hawks di Cheras, Tambadau rai kejuaraan bersama penyokong di Likas Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com