EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Harimau Menangis Ni, Brand Aunty Tini. Yang Lain, Letaklah Harimau Mengilai, Beranak, Kentut ke

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed telah membatalkan niatnya untuk mendaftar produk ‘Harimau Menangis’ setelah teruk dikecam oleh netizen.

Perkara itu diumumkan sendiri olehnya dalam satu sidang media yang dilakukan pada hari ini.

Saya ingin memohon maaf kepada semua, dan saya mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk tersebut.

Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

Bagi melindungi produk tiruan

Pada sidang media hari Rabu, Syarikat Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed tampil memberikan penjelasan berhubung isu permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Syarikat itu memaklumkan bahawa permohonan tersebut dilakukan bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan Harimau Menangis pada bungkusan produknya.

Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan.

Mendapat kecaman hebat

Terdahulu, produk Daging Harimau Menangis yang dikeluarkan oleh Datin Kartini dibawah nama Auntytinikitchen ini telah mendapat kecaman hebat oleh warganet susulan daripada video yang tular mengatakan nama Harimau Menangis merupakan cap eksklusif produk keluarannya.

[POP] Dasar anak beranak kapitalis – Batrisha Uto

Daging harimau menangis ni, brand ni kita dah trademark tau. Harimau Menangis, brand Aunty Tini. Yang lain tu, letaklah Harimau Mengilai ke, Harimau Beranak ke, Harimau Kentut ke kah kah kah – Noor Kartini#AWATNINews pic.twitter.com/A8RVjHAs6a

????????AWATNI Buzz???????? (@AWATNINews) January 13, 2021

Daging harimau menangis ni, brand ni kita dah trademark tau. Harimau Menangis, brand Aunty Tini. Yang lain tu, letaklah Harimau Mengilai ke, Harimau Beranak ke, Harimau Kentut ke

Walau bagaimanapun Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama Harimau Menangis masih di peringkat pemeriksaan.

Beliau diminta untuk tidak membuat kenyataan mendahului MyIPO memandangkan permohonan tersebut baru dibuat sekitar November tahun lalu.

“Harimau Menangis Ni, Brand Aunty Tini. Yang Lain, aklah Harimau Mengilai, Beranak, Kentut ke…” Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...