EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Demi Harimau Malaya, barisan artis turut jadi pemain ke-12 di Bukit Jalil

0 month ago, 10-Sep-2019

Selepas insiden panas di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari, pasukan bola sepak negara akan bertemu pasukan United Arab Emirates bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 pula di Stadium Bukit Jalil.

Para penyokong serta rakyat Malaysia dilihat membanjiri Stadium Bukit Jalil seawal petang tadi. Menerusi media sosial, ucapan semoga maju jaya buat pasukan negara dilihat berlegar-legar tanpa henti sebagai tanda sokongan buat negara.

Orang ramai serta para selebriti turut tidak melepaskan peluang hadir menyaksikan perlawanan kali ini sebagai tanda sokongan padu kepada Harimau Malaya selepas kejadian panas di Indonesia minggu lepas.

Antara selebriti yang turut hadir adalah Ummi Nazira dan suami serta trio suria FM Issey, Fara Fauzana dan Fizi Ali.

Menerusi Twitter pula, rata-rata netizen telah mulai menurunkan #HarimauMalaya dan #GoodluckMalaysia sehingga trending di laman sosial tersebut.

Sehubungan itu, beberapa perkongsian telah dibuat oleh warga Twitter mengenai keadaan di Stadium Bukit Jalil yang ternyata begitu teruja melihat perlawanan tersebut. Semoga Harimau Malaya mampu mengulangi kejayaan seperti perlawanan yang lepas.

: Twitter, umminazira, Issey

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com