www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Harimau Muda bangkit ikat Australia

0 month ago, 17-Mar-2019


SKUAD bola sepak Bawah 23 (B-23) negara bangkit mengikat skuad B-23 Australia 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi

Pada perlawanan berkenaan, kedua-dua pasukan menampilkan aksi seimbang pada separuh masa sehingga menyaksikan mereka gagal melakar sebarang jaringan pada babak pertama perlawanan.

Sebaik sahaja perlawanan disambung, Australia berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Brandon Wilson pada minit ke-50, hasil sepakan penjuru rakan sepasukan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee kembali menyusun corak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang pemain gantian, Nik Azli Nik Alias pada masa kecederaan babak kedua perlawanan dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan pemanas badan berkenaan merupakan persediaan skuad muda negara menghadapi pusingan kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 2020 dari 22 hingga 26 Mac ini di venue yang sama.

Malaysia yang dipilih sebagai tuan rumah Kumpulan J, akan memulakan kempen kejohanan menentang Filipina pada 22 Mac ini, Laos pada 24 Mac, sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang China, selang dua hari kemudian. – Bernama

Harimau Muda bangkit ikat Australia Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts