EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Hargai Pengorbanan Ulama

0 month ago, 11-Sep-2019

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN PAS Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang amat menghargai pengorbanan setiap ulama yang berjuang untuk menubuhkan dan mengerakkan parti tersebut di tempat mereka tinggal.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) berkenaan, Cikgu Alias Harun mengimbau kembali susah payah mereka yang juga menghidup dan mengurus surau-surau dengan menyampaikan kuliah kuliah agama untuk memberi kefahaman agama kepada masyarakat setempat.

Kini mereka tidak lagi mampu untuk mengurus surau surau disebabkan keuzuran setelah dimamah usia, jadi sebagai tanda ucapan terimakasih kita menghargai penglibatan mereka, kita ziarah, ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS Kawasan Dungun berkata demikian ketika diminta mengulas tentang program Ziarah Al Mala anjuran Urusan Ulama DUN di pejabatnya, di sini pada 10 September.

Justeru itu, beliau juga berharap kesungguhan mereka akan menjadi pendorong kepada anak muda meneruskan kesinambungan perjuangan.

Memandangkan orang-orang muda ini yang akan mengambil alih tugas ini, mereka sewajarnya mencontohi pengorbanan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan untuk terus menghidupkan PAS dan surau surau di tempat mereka, katanya.




Live Website Traffic





www.edisiviral.com