www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Harga RON95, RON97 dan diesel 12 hingga 18 Januari 2019

0 month ago, 13-Jan-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras aliran penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Harga runcit produk petroleum telah diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.

Pada minggu lepas, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter; diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 (RM2.23 seliter) mulai 12 tengah malam 5 Januari hingga 11 Januari 2019.

Harga petrol RON 97 dan RON 95  turun 1 sen seliter dengan masing-masing menjadi RM2.22 dan RM1.92 sen bermula tengah malam ini sehingga 18 Januari.

Sementara itu,  bagi harga diesel pula naik 1 sen seliter daripada RM2.04 seliter kepada RM2.05 seliter. 

Harga bagi seliter Petrol RON95, RON97 dan Diesel dalam jadual di atas, berkuat kuasa selama seminggu bermula jam 12:01 awal pagi12 Januari 2019hingga tarikh18 Januari 2019, jam 11:59 malam.




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts